Adakah ini menunjukkan kadar pengangguran di kalangan para graduan yang 
memiliki ijazah termasuk para juruterbang amat serius di Malaysia pada ketika 
ini hinggakan Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) mengeluarkan dasar baru dimana 
SPA membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat Sijil 
Pelajaran Malaysia (SPM)? 
 
Apalah gunanya membuat pinjaman PTPTN puluhan ribu ringgit atau mungkin ratusan 
ribu ringgit, akhirnya bekerja sebagai kerani atau jual burger hanya untuk 
membayar balik pinjaman pelajaran.
 
Pemegang ijazah boleh mohon jawatan SPM
Jul 3 2012   
 
Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) memperkenal dua dasar baru, yang 
berkuatkuasa semalam, bagi meningkatkan peluang permohonan jawatan dalam 
perkhidmatan awam.
    
Dasar pertama SPA ialah membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon 
jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan semua 
calon bersaing dalam memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan 
tahap kelayakan akademik.
 
Menurut kenyataan SPA, sehingga kini, seramai 852 calon yang memiliki Ijazah 
Sarjana Muda mengemukakan permohonan ke jawatan yang berkelayakan SPM. 
 
Dasar kedua pula membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan 
pilihan dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online SPA8i berbanding lima jawatan 
sebelum ini.
    
Langkah itu bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada calon untuk dilantik 
ke jawatan bersesuaian. 
    
Sejak semalam, seramai 5991 calon mengemukakan permohonan untuk lebih daripada 
lima jawatan.
    
- Bernama
 
http://www.malaysiakini.com/news/202526 
 
Juruterbang menganggur
2 Julai 2012 
 
Terpaksa kerja sambilan untuk bayar semula pinjaman pengajian
 
KUALA LUMPUR: Mereka membayar lebih RM200,000 seorang untuk mendapatkan lesen 
juruterbang komersial (CPL) dan seterusnya menjadi juru terbang, tetapi ada 
yang menganggur, bekerja kilang dan berniaga burger. Ada juga yang bekerja 
sambilan di pasar raya dan restoran makanan segera untuk membayar semula 
pinjaman memasuki sekolah penerbangan serta menampung kos sara hidup selepas 
gagal menjadi juruterbang
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/2012070304540720120703045407/Article 
 
CUEPACS tidak setuju dua dasar baru SPA
 
2 Julai 2012 - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam 
(CUEPACS) tidak bersetuju dengan dua dasar baru yang diperkenalkan Suruhanjaya 
Perkhidmatan Awam (SPA) dalam usaha meningkatkan peluang permohonan jawatan ke 
sektor awam.
 
Presidennya, Datuk Omar Osman menyifatkan dasar-dasar berkenaan sebagai tidak 
relevan dan merupakan ‘langkah ke belakang’ berbanding amalan sebelum ini.
 
Katanya, dasar tersebut langsung tidak mencerminkan daya saing dalam kalangan 
pemohon yang berbeza kelayakan malah mendakwa ia adalah satu pembaziran.
 
“Dasar seumpamanya pernah diamalkan dahulu, calon yang memiliki Ijazah Sarjana 
Muda layak memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 
Bagaimanapun, ia lebih banyak mendatangkan masalah berbanding menyelesaikannya, 
apa akan berlaku kepada calon yang memiliki diploma atau Sijil Tinggi 
Persekolahan Malaysia (STPM)?.
 
“Sekiranya calon memiliki ijazah tersebut menerima tawaran yang setimpal dengan 
kelayakan, sudah tentu dia akan meninggalkan jawatan SPM yang dimiliki. 
Kemudian, SPA perlu buat lagi temuduga untuk cari pengganti, ia adalah 
pembaziran dan menyebabkan kekecohan.
 
“CUEPACS tidak bersetuju dan menolak dasar-dasar baru berkenaan. Ia bukanlah 
penyelesaian yang realistik kepada masalah 35,000 pemilik ijazah yang bekerja 
secara kontrak ketika ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini 
hari ini.
 
Beliau mengulas tindakan SPA memperkenalkan dua dasar baru bertujuan 
meningkatkan peluang permohonan jawatan ke sektor awam berkuatkuasa semalam.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0703&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm
 

Kirim email ke