Aduan Rakyat , 9 Julai 2012 - Saya merupakan anak peneroka Felda yang 
dilahirkan di dalam suasana kebun kelapa sawit yang damai dan tenang. Apabila 
FELDA disenaraikan di Bursa Saham. Saya amat berbangga menjadi generasi Felda 
yang mengecapi nikmatnya.
 
Namun apa yang paling mengecewakan apabila saya ke pasaraya berdekatan dengan 
Felda Bukit Goh yang permai. Saya mendapati minyak masak dari hasil sawit tiada 
dijual dalam botol 2 kilogram mahupun 5 kilogram. 
 
Hanya terdapat minyak import seperti minyak masak bunga matahari, minyak jagung 
dan minyak zaiton yang saya fikir tiada sesiapa yang sanggup memasak atau 
menggoreng ikan dengan minyak tersebut.
 
Saya berbangga kerana Malaysia merupakan antara pengeluar minyak kelapa sawit 
terbesar di dunia. namun mengapa minyak masak daripada kelapa sawit harus 
dicatu. setiap pembeli hanya dibenarkan membeli 2 kilo  atau 2 paket setiap 
pelanggan sahaja.
 
Adakah sememangnya bekalan minyak sawit telah kehabisan bagi mendapatkan modal 
bagi penyenaraian IPO FELDA ataupun terdapat komplot dari para peniaga untuk 
menyimpan bekalan bagi menaikan harga minyak masak kepala sawit? Kerana apabila 
FELDA kini bertaraf dunia maka harga juga harus bertaraf dunia?
 
By: Khairul Ashinar
 
Sumber http://www.aduanrakyat.com.my/bekalan-minyaak-masak-dicatu 

Kirim email ke