18 Julai 2012 - Kami jemaah Masjid Jamek Rengit, Batu Pahat, Johor sangat kesal 
dengan bilal kerajaan masjid ini yang selalu ponteng hingga boleh dikatakan 
tahap keterlaluan. Dalam seminggu hanya sehari atau dua hari sahaja beliau 
menjalankan tugasnya.
 
Perkara ini telah lama berlaku, pelbagai agensi telah kami adukan seperti, BPA 
Johor, BPA putrajaya dan JAIJ sendiri,namun langsung tiada sebarang 
tindakan.Apa yang menghairankan, pejabat agama daerah Batu Pahat langsung tidak 
berbuat apa-apa tindakan dalam hal ini seolah-olah bersubahat dengan apa yang 
berlaku.
 
Masjid ini mempunyai dua imam kerajaan,salah seorang daripada mereka (Imam 
Saleh) juga kerap ponteng,tapi tidak seteruk seperti bilal tadi. Ini adalah 
satu amanah yang wajib dipikul oleh penjawat awam, lebih-lebih lagi dalam skop 
agama.
 
Diharap dengan terdedahnya diaduanrakyat online ini, pihak yang berkaitan dapat 
meninjau, menyiasat seterusnya menyelesaikan masalah-masalah ini.
 
Sekian teriam kasih
 
By: kahar
 
Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/bilal-masjid-selalu-ponteng 

Kirim email ke