Pagar rumah ibu saya di Rembau sentiasa terkunci terutamanya bila tiada lelaki 
di rumah. Beberapa bulan lalu anak buah saya kata ada van berhenti depan pagar 
rumah, walaupun dah dinasihatkan supaya jangan layan sesiapa yang tidak 
dikenali, anak buah saya pergi juga. Saya tidak ada dirumah ketika itu. Anak 
buah saya kata orang tadi kata kalau nak turap jalan depan rumah mereka boleh 
buat. Anak buah saya tak layan, pintu pagar berkunci, mereka pun beredar.
 
Beberapa hari selepas itu diberitakan sebuah rumah berhampiran Masjid Kg Bongek 
disamun pada siang hari. Modus operandinya ialah beberapa orang menaiki van 
bertanya kepada warga emas pemilik rumah tadi untuk perkhidmatan turap jalan. 
Disebabkan warga emas tadi keluar rumah dan pintu pagar tidak berkunci, dia pun 
disamun. 
 
Sebelum Ramadhan, Ustaz Kamil ceramah di Surau Alamanda. Katanya di taman 
perumahan beliau di Nilai, dulu kes pecah rumah amat banyak. Makin dibuat 
rondaan dan kawalan, makin menjadi-jadi kes pecah rumah. Akhir sekali mereka 
memakmurkan surau di taman perumahan tersebut dengan solat jemaah, kuliah ilmu 
dan ceramah.
 
Akhirnya kes pecah rumah di kawasan tersebut berkurangan dengan drastik sekali.
 
Pelanduk selalu melupakan jerat tetapi jerat tidak pernah melupakan pelanduk. 
 
Hanya kepada Allah tempat kita mohon perlindungan dan pertolongan. 
Makmurkanlanh masjid dan surau di tempat kita dengan solat jemaah, majlis ilmu, 
ceramah, tazkirah dan sebagainya.
 
Rozmal bin Malakan http://waghih.blogspot.com 
 
Menyamar suami isteri, samun guru
25 Julai 2012 
 
SEREMBAN – Dua penjenayah sanggup menyamar sebagai suami isteri yang mahu 
menghantar anak ke sebuah Tabika Perpaduan di Mantin, di sini semalam, sebelum 
bertindak menyamun dua guru wanita membabitkan RM37,000.
 
Dalam kejadian kira-kira 11.10 pagi itu, suspek wanita datang ke tabika 
berkenaan dan bertanyakan prosedur penghantaran anak kepada kedua-dua guru 
terbabit sebelum memanggil pasangannya yang menunggu di luar.
 
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, kedua-dua 
suspek yang memakai helmet penuh serta bersenjatakan parang kemudian menyerbu 
masuk dan mengugut dua guru berkenaan supaya menyerahkan barang berharga.
 
“Bimbang dicederakan, guru berkenaan kemudian menyerahkan barangan kemas, dua 
telefon bimbit bernilai lebih RM500.
 
“Bagaimanapun, kedua-dua suspek tidak mencederakan kanak-kanak yang berada di 
dalam tabika itu dan kebetulan dua guru berkenaan berada di pejabat mereka,” 
katanya di sini, semalam.
 
Menurutnya, suspek kemudian bertindak meminta kunci kereta jenis Perodua Myvi 
milik salah seorang guru yang berada di luar kawasan tabika itu.  
 
“Kedua-dua suspek kemudian bertindak melarikan kereta berkenaan dan 
meninggalkan motosikal jenis Honda di tabika berkenaan.
 
“Hasil pemeriksaan awal kita mendapati, motosikal berkenaan dicuri di Klang dan 
siasatan sedang dilakukan untuk memburu suspek,” katanya.
 
Sementara itu, dalam kejadian berasingan, sebuah kereta jenis Toyota Camry 
milik seorang guru dilarikan enam lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian 
samun di Taman Desa Indah, di sini, kelmarin.
 
Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, mangsa berusia 30-an didatangi sebuah 
kereta jenis Toyota Estima dinaiki enam lelaki berhenti di hadapan rumah 
sejurus pulang dari bekerja.
 
“Tiga daripada suspek kemudian bertindak mengugut mangsa supaya menyerahkan 
semua barangan berharga seperti komputer riba, barang kemas, broadband, dan 
telefon bimbit.
 
“Suspek turut bertindak melarikan kereta Toyota Camry mangsa sebelum melarikan 
diri. Mangsa mengalami kerugian kira-kira RM117 000,” katanya.
 
Katanya, kedua-dua kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun 
Keseksaan kerana samun bersenjata.
 
“Kita sedang mengesan kesemua suspek dan orang ramai yang mempunyai sebarang 
maklumat bolehlah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 
06-7991222 atau balai polis berhampiran,” katanya.
 
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/menyamar-suami-isteri-samun-guru-1.69978
 

Kirim email ke