Tahukah kita semua filem Sarjan Hassan lakonan P. Ramlee adalah berdasarkan 
watak sebenar. Diceritakan Sarjan Hassan dilahirkan di Kampung Batu 12, Mantin, 
Negeri Sembilan pada Julai 1927. Pada usia 7 tahun, ibunya meninggal dunia. 
Oleh kerana kesukaran bapanya untuk menjaga adik beradik beliau seramai 5 
orang, datuknya, Penghulu Ismail telah membawa Sarjan Hassan pulang ke Pantai 
dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pantai. 
 
Beliau bersara dengan menyandang pangkat Kapten. Di penghujung tempoh 
perkhidmatannya sebagai tentera, beliau telah berjaya membunuh seramai 54 orang 
komunis di samping menerima pelbagai pingat anugerah sama ada daripada pihak 
British mahupun Kerajaan Malaysia.
 
Beliau meninggal dunia pada 30 April 1991, jam 4.30 pagi di Hospital Besar 
Seremban dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tuan Haji Muhammad Said, Seremban.
 
Kisah sepenuhnya mengenai Sarjan Hassan di 
http://www.nagarinantuo.com/?p=1520#more-1520 
 
Selamat Menyambut Hari Pahlawan

Kirim email ke