Aduan Rakyat 1 Ogos 2012 - Pada awal 2003, saya bekerja dengan syarikat 
Linguaphone, Pada awalnya, mereka mengatakan jawatan kami adalah sebagai 
Inspektor Bahasa (Language Inspector) tugas kami untuk menerangkan kelebihan 
belajar bahasa asing. 
 
Namun, setelah bekerja barulah kami tahu sebenarnya kami ini adalah jurujual 
(salesman) yang perlu bergerak ke sana ke mari menjual produk mereka, set 
belajar bahasa, Yang mahal tidak terhingga dan tidak langsung padan dengan 
produknya.
 
Tidak sampai sebulan, saya telah berhenti kerana merasa tertipu, dan 
melanjutkan pelajaran. Setelah setahun berlalu, saya tiba-tiba menerima surat 
daripada lawyer yang menuntut bayaran rm1500 dari Linguaphone bagi produk set 
bahasa yang mereka jual. 
 
Saya lantas mendapatkan penjelasan mengenai pembelian yang tidak pernah sy 
buat. Setelah berbincang, seorang pengurus besar mereka menunjukkan borang 
pembelian yang berlampir Kad Pengenalan saya. Beliau mengatakan ini adalah 
bukti pembelian saya.Setelah diteliti, ternyata itu adalah satu penipuan kerana 
tandatangan saya telah dipalsukan, Tetapi Pengurus itu meminta hal itu 
diselesaikan begitu sahaja, dimana saya tidak perlu membayar apa-apa dan beliau 
membatalkan pembelian saya.
 
Percaya dengan janji tersebut, saya menganggap hal itu telah selesai.
 
Namun, setelah 9 tahun berlalu, saya membuat pinjaman kereta dan pinjaman itu 
telah lulus namun ditolak kerana nama saya telah disenaraikan di CTOS. Saya 
pelik kerana saya tidak pernah berhutang. Setelah diperiksa, pihak bank 
memberitahu nama saya telah di blacklistkan oleh CTOS. Saya terus ke CTOS 
mendapatkan kepastian dan ternyata mmg benar.
 
Dan sekarang saya sedang meneliti hal ini untuk membawa ke muka pengadilan. 
Saya telah pun berhubung dengan Pihak Linguaphone bg hal ini kerana CTOS 
memberitahu, hanya Linguaphone yg boleh menarik balik tindakan blacklist itu. 
 
Mereka (Linugaphone) telah berjanji akan menyelesaikan hal ini secepat mungkin. 
Namun, saya tidak percaya dengan kata-kata mereka dan kini sedang menimbang 
untuk ke Tribunal Tuntutan dan Biro Pengaduan Awam. Cuma laporan polis yg 
ditunda kerana saya sukar mendapat cuti.
 
Apa pendapat anda, jenis tindakan apa dan kepada siapa harus saya bawa kes ini. 
Saya sudah dapat melihat yang saya takkan dapat membeli apa-apa pun sekarang 
ni, memandangkan saya membuat pinjaman untuk membeli kereta kerana keperluan 
kerja dan perlu mendapatkan dengan kadar segera. Namun hal ini kelihatan 
sengaja di lengahkan oleh pihak mereka.
 
Jadi apakah cara bg saya untuk menuntut sekaligus kerugian dari segi masa dan 
kos dan juga peluang, kerana hal ini telah menjejaskan kerjaya saya. dan kepada 
Pihak mana kah sesuai untuk saya ajukan aduan saya. tq
 
By: Shamz
 
http://www.aduanrakyat.com.my/penipuan-linguaphone 

Kirim email ke