Salam Sejahtera,

Aidilfitri bakal menjelang tiba. Walaupun begitu Islamic Aid Malaysia 
(IAM) sudah pun memulakan kempen bantuan Aidilfitri lebih awal sebagai langkah 
proaktif menyeru masyarakat bersedia dengan kedatangan bulan yang mulia ini 
nanti.

ImpianaSoft Enterprise (ISE) sebagai rakan kerjasama tidak melepaskan peluang 
untuk turut serta dalam aktiviti kebajikan ini, selain membantu dalam promosi, 
ISE turut menyalurkan RM 5 untuk setiap hasil sumbangan penajaan kepada IAM. 
ImpianaSoft Enterprise (ISE) adalah syarikat Bumiputera pengeluar produk makan 
Halal seperti Savvy Sandwich, dan produk bermusim seperti Savvy Cookies (Kuih 
Raya) sejak 2005.

Kempen Kasih Aidilfitri: Taja Hadiah Kuih Raya adalah satu projek bermusim yang 
dilaksanakan oleh IAM di seluruh Malaysia bertujuan memberi bantuan kepada 
golongan yang memerlukan.

Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk makanan berupa pek hadiah 
bernilai RM 50. Setiap satu pek mengandungi 2 balang kuih raya bertujuan 
meraikan golongan kurang bernasib baik untuk sama-sama merasakan kemeriahan 
hari raya Aidilfitri. Agihan bantuan akan dijalankan sebelum dan sepanjang 
bulan Shawal.

Matlamat kempen:
        * Bagi mengeratkan hubungan di antara mereka yang telah menghulurkan 
sumbangan dan golongan yang memerlukan melalui pengagihan pek-pek hadiah di 
bulan Syawal nanti.
        * Menyediakan pek hadiah sebagai usaha memberikan keceriaan untuk 
kalangan masyarakat miskin.
        * Menggalakkan pembangunan berterusan masyarakat penyayang dengan 
meningkatkan kesedaran dan mengadakan kerjasama pintar dengan pihak berkaitan 
membantu golongan terpinggir.

Golongan Sasar Penerima Bantuan:

Sejumlah 1000 buah keluarga yang tergolong dalam asnaf, fakir dan miskin.
        * Ibu tunggal
        * Anak yatim
        * Pesakit kronik
        * Orang Kelainan Upaya (OKU)
        * Orang Asli
        * Gelandangan

Sepintas tentang kempen Kasih Ramadhan 2011:

Bagi Kasih Ramadan 2011 yang lepas, pihak IAM telah berjaya mengagihkan pek-pek 
makanan kepada lebih 10,000penerima manfaat dari seluruh Malaysia termasuk 
Sabah & Sarawak yang terdiri daripada golongan fakir, miskin, ibu-ibu tunggal, 
anak-anak yatim, golongan kurang upaya (OKU) dan mereka yang layak mengikut 
pemerhatian dan kriteria yang telah ditetapkan.

Bagi tahun ini, IAM telah mensasarkan 15,000 penerima bermanfaat bagi program 
Kasih Ramadan 2012, termasuk 1,000penerima bagi program Kasih Aidilfitri 2012 
ini.

Sumbangan anda sangat kami alu-alukan. Dengan hanya RM 50 bagi setiap pek, 
bersamalah kita berkongsi keceriaan bersama mereka-mereka yang memerlukan...

• Bagi Sumbangan melalui pembayaran di ATM / Kaunter Bank/ Maybank2u melalui 
akaun

"ImpianaSoft Enterprise"- ( 5645 4810 8679 )

• Melalui cek atas nama "ImpianaSoft Enterprise"

( Sila emailkan maklumat sumbangan serta slip pembayaran 
ke [email protected] )

• Sumbangan secara terus juga boleh dibuat di pejabat Islamic Aid Malaysia 
beralamat di:
C-1-56A, Jalan SP5/4, Seksyen 5,
>Taman Serdang Perdana,
>43300 Seri Kembangan, Selangor,
>Malaysia.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
        * En.Raffiq Eddy (ISE) di talian 013-355-3513 atau
        * En.Farouq Zauji (IAM) di talian 019-3973558/03-89485939

Kirim email ke