Satu laporan menyebut Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary menyumbang RM7.5 juta 
untuk pembinaan Masjid Seremban 2, manakala laporan lain pula menyebut Tan Sri 
Rashid Hussain, Pengerusi RHB Bank bersetuju membangunkan serta mewakafkan 
tanah dan Masjid Seremban 2 yang bernilai RM10 juta. 
 
Apakah tanah untuk mendirikan Masjid Seremban 2 adalah milik Tan Sri Rashid 
Hussain sebelum ini dan kos pembinaan Masjid tersebut adalah usahasama Tan Sri 
Rashid Hussain dan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dengan jumlah keseluruhan 
projek RM17.5 juta?
 
SEREMBAN : 16 Ogos 2011 –  Di majlis ini juga, Majlis perjanjian pembinaan 
Masjid di Seremban 2 telah berlangsung yang mana Tan Sri Rashid Hussain, 
Pengerusi RHB Bank telah dengan mulia hati bersetuju membangunkan serta 
mewakafkan tanah dan Masjid tersebut yang bernilai RM10 juta dan diserahkan 
kepada MAINS menguruskannya kelak.
http://n9kini.com/tranformasi-peranan-masjid-%E2%80%93-menteri-besar/ 
 
 
BINA 7 MASJID BARU DI NEGERI SEMBILAN
Khamis September 10, 2009
Umat Islam di Negeri Sembilan akan memiliki tujuh masjid baru tidak lama lagi 
hasil sumbangan Yayasan Albukhary, milik ahli perniagaan tersohor ini. Tujuh 
masjid itu akan dibina di Rantau; Seremban 2; Kampung Paroi; Kampung Gebok, 
Mantin; Kampung Melang, Kuala Pilah; Pedas Tengah, Rembau dan Taman Anggerik, 
Batu Kikir. Masjid Seremban 2 pula berharga kira-kira RM7.5 juta dan mampu 
menampung 3,000 jemaah akan dibina menerusi peruntukan yang disalurkan oleh 
Jabatan Perdana Menteri (JPM).
http://mstar.com.my/variasi/manusia_peristiwa/cerita.asp?file=/2009/9/10/mstar_manusia_peristiwa/20090910153348&sec=mstar_manusia_peristiwa
 

Kirim email ke