Baru-baru ini kerajaan mengumumkan menaja 400 imam dan pengerusi JKKK untuk 
menunaikan haji pada tahun ini. Persoalannya, adakah 400 orang yang terpilih 
ini mereka yang memang termasuk dalam senarai menunaikan haji pada tahun ini, 
atau 400 orang ini ada yang mengambil kuota jemaah lain yang sepatutnya pergi 
pada tahun ini? 
 
28,000 kuota haji yang diberikan pada tahun ini , berapakah yang diberikan 
kepada jemaah haji muassasah dengan kos menunaikan ibadat haji sebanyak 
RM9,980, dan berapa pula kuota yang diberikan kepada syarikat pengendali swasta 
yang mungkin ada kos hajinya yang menelan belanja ratusan ribu ringgit untuk 
seorang jemaah haji? 
 
Jika kita sudah ada 963,000 rakyat Malaysia yang sudah mendaftarkan diri untuk 
menunaikan haji dengan hanya 28,000 kuota setiap tahun, ini bermakna siapa yang 
mendaftar selepas ini akan menunggu 34 tahun lagi untuk pergi menunaikan haji. 
 
Kuota kekal 28,000
3 Sep 2012
 
Kerajaan Arab Saudi setuju mengekalkan kuota seramai 28,000 jemaah Malaysia 
untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana 
Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, semalam.
 
“Sehingga kini, 936,000 rakyat Malaysia termasuk 4,000 daripadanya berusia 
lebih 75 tahun sudah mendaftarkan diri untuk menunaikan haji,” katanya pada 
sidang media selepas merasmikan Kursus Perdana Haji Peringkat Wilayah 
Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, di sini, semalam.
 
Jamil Khir berkata, penerbangan haji bagi kumpulan pertama ke Makkah 
dijadualkan pada 17 September depan membabitkan seramai 400 jemaah. Menurutnya, 
bagi jemaah haji muassasah, kerajaan masih mengekalkan kos menunaikan ibadat 
itu seperti tahun lalu iaitu RM9,980.
 
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kuotakekal28_000/Article/index_html 
 
Kerajaan taja 400 imam, ketua kampung tunai haji
28 Ogos 2012 
 
Kerajaan menaja 400 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan 
Kampung (JKKK) dari seluruh negara untuk menunaikan ibadat haji di Tanah Suci 
Mekah pada tahun ini.
 
Surat tawaran menunaikan rukun Islam kelima tajaan 1Malaysia Development Berhad 
(1MDB) melibatkan 200 imam serta 200 pengerusi JKKK itu disampaikan sendiri 
oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu majlis di Seri 
Perdana di sini semalam.
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0828&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm
 

Kirim email ke