Berapa ramaikah sebenarnya orang Melayu yang beragama Islam didapati bunuh diri 
atau cuba membunuh diri dalam sehari. Kajian sebelum ini mendapati terdapat 
50,000 kes cuba bunuh diri setahun di negara ini  dengan 11.3 peratus rakyat 
kita atau sekitar 3.3 juta orang menghidapi sakit mental. 
 
PELAJAR PARAH JATUH TINGKAT TIGA
12 Sep 2012 
 
Johor Bahru: Seorang pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim 
(IPG-KTI) parah selepas dikatakan terjatuh daripada tingkat tiga asramanya, 
malam Sabtu lalu. 
 
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, gadis berusia 18 tahun dan mendaftar 
memasuki pusat pengajian terbabit pada Jun lalu, cedera parah di bahagian 
tulang belakangnya. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, 
Superintendan Abdul Samad Salleh, berkata kejadian disedari seorang pengawal 
keselamatan pusat pengajian terbabit sebelum menghubungi polis. 
 
Abdul Samad berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan 
dilaporkan stabil, sementara kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan 
iaitu cubaan membunuh diri. 
 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pelajarparahjatuhtingkattiga/Article 
 
WANITA MAUT JATUH KONDO 
12 Sep 2012 
 
KUALA LUMPUR: Seorang wanita dipercayai terjatuh dari tingkat 23 Kondominium 
PV13, Danau Kota, Setapak, di sini, awal pagi semalam.
 
Difahamkan, mangsa yang berusia 24 tahun mengalami kemurungan selepas 
dipercayai putus cinta dengan kekasihnya yang baru dikenali melalui satu laman 
sosial.
 
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Wanitamautjatuhkondo/Article/index_html
 

Kirim email ke