DAURAH HADIS MUSLIM DAN SUNAN TARMIZI. Oleh : al-Allamah al-Sheikh Samir an-Nash (Ulama dari Syria) Daurah pembacaan /periwayatan kitab hadis Sahih Muslim dan kitab hadis Sunan Tarmizi
Tarikh : 10 Nov. 2012 - 30 Nov. 2012 Tempat : Madrasah Islamiah (Pondok) Kg Bongek Acheh, Rembau dan Pondok Tampin OBJEKTIF DAURAH Antara objektif majlis ini diadakan adalah seperti berikut: •Menghidupkan tradisi berhimpun bersama ulama’ bagi tujuan talaqqi kitab-kitab mu’tabarah Ahli Sunnah Wal Jamaah. •Menambah keperihatinan di kalangan penuntut ilmu dan guru-guru agama tentang ilmu hadith dan cabang-cabangnya yang mana ianya agak kurang diterokai di kalangan penuntut ilmu di negara ini masa kini. •Meriwayatkan hadith-hadith Rasulullah s.a.w. yang terdapat dalam Sunan Sittah secara sama’i yang merupakan kaedah periwayatan yang utama berbanding dengan ijazah, wijadah dan sebagainya. •Menghasilkan sanad periwayatan hadith yang bersambung secara muttasil khususnya dengan periwayat yang masyhur kemahirannya dalam bidang hadith (thiqah al-dhobit) dan menghasilkan sanad yang tinggi (sanad ‘aliy) yang dianggap suatu ibadah di kalangan muhaddithin. •Memberi peluang silaturrahmi di kalangan para penuntut ilmu dan ulama’ khususnya ulama’ dari luar negara. JANGKAMASA MAJLIS Kaedah periwayatan secara mutlak (mutlaq al-riwayah) membabitkan seorang sheikh atau muqri’nya melakukan pembacaan hadith-hadith secara laju tanpa syarah yang panjang lebar yang mana tujuan utamanya adalah untuk mengkhatamkan suatu kitab tersebut dengan pembacaan dilakukan sepanjang hari hingga ke malam. SASARAN PESERTA Oeh kerana syarat periwayatan adalah dalam bahasa Arab, maka penyertaan adalah terhad kepada mereka yang berkebolehan memahami teks Arab. Adalah dicadangkan penyertaan dibuka secara utamanya kepada golongan penuntut ilmu di kalangan pelajar universiti dan madrasah tradisional (pondok), ustaz-ustazah sekolah, guru-guru agama takmir dan guru-guru pondok. Tentatif program daurah hadis 2012 ( tertakluk kepada pindaan) SESI PERTAMA. KITAB : SAHIH MUSLIM. TEMPAT: MADRASAH ISLAMIAH (PONDOK TUAN GURU HAJI IBRAHIM BONGEK). Sabtu 10/11/2012 malam 1.Perasmian 2.Pertandingan Nasyid 3.Ceramah Ahad 11/11/2012 Pengajian bermula 10 pagi - 1 petang 4.30 ptg – 6.30 ptg 8.30 mlm – 10.30 mlm Isnin 12/10/2012 6.30 pg – 8.30 pg 11.30 pg – 1 ptg 4.30 ptg – 6.30 ptg 8 mlm – 10.30 mlm dan seterusnya TAMAT SAHIH MUSLIM PADA 19 /11/2012 Yuran Pendaftaran : RM200 Penginapan : Asrama disediakan (bagi yang mementingkan keselesaan, dianjurkan menyewa rumah tumpangan/ hotel/ homestay berdekatan). Makanan: Disediakan oleh penganjur. SESI KEDUA KITAB: TARMIZI. TEMPAT: PONDOK TAMPIN. TARIKH : 20/11/2012. TARIKH TAMAT: 30/11/2012 Yuran penyertaan: Penginapan : TIDAK disediakan (bagi yang mementingkan keselesaan, dianjurkan menyewa rumah tumpangan/ hotel/ homestay berdekatan). Makanan: TIDAK Disediakan oleh penganjur / atau disediakn mengikut keadaan ala kadar termampu. Syarat-syarat . 1. Berumur 17 tahun keatas. 2. Boleh menguasai bahasa arab atau nahu sharaf. 3. Mempunyai asas-asas pengajian Ilmu-ilmu Agama Islam. 4. Tiada masalah penyakit kronik atau penyakit sosial. 5. Jumlah perserta adalah terhad. Sebarang masalah sila hubungi urusetia. Maklumat lanjut di http://pondoktampin.blogspot.com Kepada sesiapa yang belum mempunyai kitab Jami’ Sahih Muslim dan Sunan Tarmizi boleh membuat pesanan seawal mungkin kepada saudara urusetia daurah Saudara Hanif , disebabkan urusan pembelian dan penghantaran akan memerlukan masa. Nombor tel. ini untuk urusan order kitab sahaja. 0136905847 Tarikh akhir pesanan kitab : Perhatian kepada mereka yang belum membuat pesanan kitab Sahih Muslim dan Tarmizi , tarikh akhir pesanan adalah , 27 sept. hari khamis minggu ini.

