Kebanjiran warga asing di Malaysia walaupun memberi manafaat tapi dari sudut yang lain membawa bersama masalah sosial, jenayah, keselamatan serta juga masalah kesihatan. Wabak tibi atau batuk kering akhir-akhir ini makin ketara. SEKOLAH DISERANG TIBI 26 SEP 2012 IPOH: Wabak penyakit batuk kering atau tibi mencetuskan panik kepada ratusan pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Tasek, di sini, apabila lebih 200 daripada mereka diarahkan menjalani saringan kesihatan selepas disyaki mengalami simptom awal penyakit itu. Sehingga kini, seramai 34 guru dan pelajar disyaki mengalami simptom tibi berdasarkan pemeriksaan dan saringan kesihatan dilakukan. Difahamkan, wabak berkenaan mula dibawa seorang pelajar tingkatan lima sekolah itu selepas menerima jangkitan itu daripada bapanya yang juga seorang kontraktor berusia 47 tahun. Pelajar itu dikesan menghidap penyakit itu selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta pada 3 September lalu akibat menghidap batuk teruk, demam dan susut badan dua minggu sebelum itu. Siasatan awal mendapati, bapa mangsa disahkan menghidap penyakit tibi pada April lalu dan dipercayai berpunca akibat kerap mengendalikan warga asing di tempat kerjanya. PATI PUNCA TIBI SUKAR DIKAWAL 5 Jun 2012 - Jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini dilihat sebagai salah satu faktor mengapa penyakit Tuberkulosis (Tibi) sukar dikawal dan dicegah, kata Pengarah Institut Perubatan Respiratori (IPR) Datuk Dr Abdul Razak Muttalif. PATI PUNCA PENYAKIT TIBI 20 Jun 2011 - Peningkatan kes Tibi di negara ini dipercayai berpunca daripada kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tahap kesihatan mereka memang diragui. Katanya, kerajaan melakukan pelbagai program bagi membendung wabak itu, tetapi ia muncul kembali akibat kehadiran golongan berkenaan. TIBI: KEMENTERIAN KESIHATAN PERLU BERTINDAK SEGERA 10 Jun 2011 : Kementerian Kesihatan digesa bertindak segera untuk membanteras penyakit Tibi yang sedang menular di Selangor sekarang, terutama di kawasan Ampang Jaya. KES PENYAKIT TIBI MENINGKAT April 1, 2011– Seramai 19,337 penduduk Malaysia dilaporkan mengalami penyakit batuk kering atau Tuber kulosis (Tibi) sepanjang tahun lalu. Justeru, Kementerian Kesihatan mengesa mereka yang mengalami tanda-tanda penyakit TUBERCULOSIS RISES AGAIN IN MALAYSIA 22 Aug 2010 - Tuberculosis, once under control in Malaysia, is spreading again due to private doctors' failure to realise that the disease has re-emerged and has risen with the migration of people from high-risk countries. KNOWING THE DISEASE 24 Oct 2010 - UNLIKE diseases that attack the lungs such as SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome), not everyone infected with the tuberculosis (TB) bacteria becomes sick. “We are facing a silent spread of the disease, because if I infect you, you only have a 5-10% of chance of becoming sick,” says World Health Organisation (WHO) Western Pacific adviser for TB Dr Catharina van Weezenbeek. TIBI TIDAK MENGENAL MANGSA 22 Mac 2009 - KEHADIRAN penyakit ini di kalangan masyarakat memang tidak disedari kerana ia merebak melalui udara dan titisan cecair badan daripada pesakit kepada orang lain. Penyakit ini berjangkit dengan mudah dan tidak mengenal mangsa. Tidak ketinggalan, kebanjiran pendatang asing juga dikaitkan dengan penyebaran tibi secara meluas. Sumber : http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/09/wabak-tibi-melanda-malaysia.html

