Kementerian
Penerangan harus bertindak tegas terhadap penerbitan dan penyiaran cerita
hantu. Malaysia sebagai sebuah negara majoriti umat Islam menghadapi masalah
sakit mental yang serius dimana 12 peratus rakyat negara ini atau 3.5 juta
orang menghidap penyakit mental dengan purata 6 orang bunuh diri setiap hari dan
50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun.  
 
CERITA HANTU
PUNCA SAKIT JIWA KRONIK
10 Okt 2012 
 
Ipoh: Pelbagai
cerita hantu, mistik dan seram yang berleluasa dikenal pasti antara punca
banyak kes sakit mental yang sepatutnya boleh dirawat pada peringkat awal,
gagal dirujuk ke pakar perubatan sehingga sukar diubati. 
 
Pengarah Hospital
Bahagia Ulu Kinta, Dr Rabaiah Mohd Salleh, berkata paparan cerita seumpama itu
mempengaruhi fikiran masyarakat hinggakan tanda penyakit mental yang
ditunjukkan seseorang dianggap gangguan makhluk halus dan mengutamakan khidmat
dukun serta pengamal perubatan tradisional. 
 
“Cerita sebegini
yang sering ditayangkan di televisyen, filem dan bahan bacaan mewujudkan stigma
masyarakat mengenai sakit disebabkan gangguan hantu hingga ada yang trauma dan
hanya dirujuk ke hospital apabila penyakit menjadi kronik,” katanya ketika 
ditemui
selepas Persidangan Kesihatan Mental Perak Kesembilan di sini, semalam. 
 
Dr Rabaiah
berkata, pihaknya bagaimanapun tidak menafikan kewujudan dunia jin dalam
kepercayaan agama lantas membenarkan rawatan tradisional serta perubatan Islam
dilakukan sebagai pelengkap rawatan. 
 
Katanya, penyakit
mental boleh diubati jika dirujuk ke hospital dari peringkat awal bagi
membolehkan pesakit menerima rawatan sesuai dan dapat meneruskan kehidupan
normal. 
 
Beliau berkata,
orang ramai yang mendapatkan rawatan penyakit mental kini meningkat kepada
maksimum 10 kes baru didaftarkan sehari berbanding antara dua hingga tiga
sehari pada 2007. 
 
Sementara itu, Dr
Nordiyanah berkata, banyak kajian menunjukkan pertalian rapat antara penyakit
mental dan fizikal seperti kemurungan dengan penyakit berkaitan jantung dan
angin ahmar, selain berisiko menghidap diabetes. 
 
“Penyakit
kerisauan mendedahkan individu kepada penyakit jantung koronari, angin ahmar,
gangguan sistem pernafasan seperti asma serta berisiko mengidap penyakit kronik
lain berkaitan sistem penghadaman,” katanya. 
 
Katanya, stigma dan diskriminasi masyarakat menyebabkan ada
pesakit jiwa enggan mendapatkan rawatan psikiatri kerana takut dicemuh tidak
siuman terutama jika pernah mendapat rawatan di hospital mental.
 
Sumber : 
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/10/cerita-hantu-punca-sakit-jiwa-kronik.html
 

Kirim email ke