Aduanrakyat 11 Okt 2012 - Sudah hampir 4 bulan masalah air
di Simunjan Sarawak tidak dapat ditangani oleh
Pemimpin Kawasan kami. Keadaan semakin kritikal masa ini kerana Loji Air
Simunjan yang menampung air kepada penduduk Daerah Simunjan sudah kekeringan.
Tangki (tong) air sudah diletakkan di kawasan Pasar dan Kampung Nanas Simunjan,
tetapi kawasan kampung lain yang paling kritikal tidak ada air, belum lagi
diberi tangki air tersebut. 
 
Keadaan ini menyebabkan penduduk berebut-rebut mengambil air
di kawasan pasar.
 
Apa yang menyedihkan, sekiranya keadaan ini berlarutan
adalah menjadi satu masalah yang besar kepada kami penduduk di Simunjan kerana
terpaksa menunggu dan mengangkut air setiap hari ke rumah kami untuk tujuan
masak, minum, makan, basuh kain baju, berak dan sebagainya. Keadaan ini
mengundang derita kerana kesengsaraan hidup kami masa ini tidak dijaga
sebetul-betulnya oleh pemimpin di kawasan kami. Mereka kurang memantau dan
tidak dapat mencari cara yang terbaik menangani masalah air di Simunjan.
 
Mengapakah pada masa ini, Simunjan tidak diistiharkan
Darurat, kerana masalah ini sudah semakin meruncing. Bayangkan pada setiap hari
kami terpaksa mengambil air jauh dari kampung kami untuk keperluan seharian.
Penduduk yang tiada kereta, dan motorsikal pula berhadapan dengan situasi yang
lebih memeritkan. Jarak pasar
Simunjan dengan Kampung kami iaitu Kampung Sageng lebih kurang 8-10 kilometer. 
Ini
bermakna mereka yang tiada kemudahan seperti yang disebutkan menghadapi masalah
mengangkut air ke rumah.
 
Untuk makluman
juga, sudah hampir 4 bulan setitik air pun tidak pernah sampai ke dalam rumah
kami. Keadaan yang perit ini ditambah lagi dengan masalah penghantaran air yang
tidak dapat dilakukan seperti sebelumnya. Kalau sebelumnya kami penduduk di
Kampung Sageng Baru dan Kampung Tabuan menerima air setiap hari daripada lori
menghantar air tetapi sekarang tidak lagi.
 
Hari ini sudah
masuk 6 hari kami tidak dihantar air, dan kami terpaksa mencari air ke sana ke
sini. Sudah masuk 2 hari ini kami terpaksa bergelut mengambil air yang hanya
diletakkan di Pasar Simunjan dan di tepi jalan Kampung Nanas Simunjan. Ini
disebabkan tangki air masih tidak diletakkan di tepi jalan kampung kami. Kami
sangat berharap agar pemimpin di kawasan kami segera menghantar tangki tersebut
dan menghantar sebanyak mungkin lori penghantar air kerana sekarang seluruh
penduduk Simunjan bergelut dengan ketiadaan air langsung.
 
Kami juga
berharap pemimpin di kawasan kami menyegerakan lebih banyak alternatif baru
untuk mengatasi masalah air di Simunjan. Sebelum ini YB Naroden pernah
menyatakan untuk membesarkan loji dan menambah loji Simunjan dengan menggunakan
mesin yang lebih besar kuasa kudanya, tetapi sampai sekarang ia masih tidak
wujud. Rancangan untuk mengambil air sungai juga masih tidak diketahui
kesudahannya kerana banyak spekulasi terhadapnya didengari masa ini.
 
Apa yang kami
harapkan agar pemimpin P200 Batang Sadong perlu memainkan peranan yang lebih
jitu dan efektif bagi membantu masalah air di Simunjan. Jangan hanya memantau
masalah ini dari jauh sahaja, kalau boleh turun padang melihat ragam dan
senario yang berlaku di Simunjan sekarang. Kami sudah banyak kali menyuarakan
masalah ini kepada pihak tertentu tetapi sampai sekarang tiada tindakan susulan
yang terbaik dapat digunakan bagi menyelesaikan masalah air di Simunjan
Sarawak.
 
Kami mengharapkan
agar Perdana Menteri kita Dato Seri Najib boleh membantu kami menangani isu ini
kerana pemimpin kawasan kami terlalu perlahan dalam mengatasi masalah ini. 
Mudahan
juga apa yang saya luahkan ini mendapat perhatian daripada PIHAK ADUAN RAKYAT
dan menjengok kami pada masa yang terdekat ini. Komitmen daripada pihak anda
sangat kami hargai. Tolong kami bantu kami.
 
By: JEMAT BIN
ADAM
 
http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-air-di-simunjan-sarawak-kian-meruncing#more-18823
 
 
TAK TAHAN KRISIS
AIR DI SARAWAK, LELAKI RACUN LOJI. 
 
2 Okt 2012 - LOJI
rawatan air di Simunjan, Sarawak terpaksa ditutup untuk sementara waktu bagi
memastikan air yang disalurkan kepada pengguna bebas daripada dicemari racun
rumpai. 
 
Lebih 3,000
penduduk di empat buah kampung, sebuah taman perumahan serta pekan Simunjan
disini terputus bekalan air akibat tindakan seorang lelaki berusia 30-an yang
bertindak mencurah racun rumpai ke dalam air di loji rawatan air Jabatan Kerja
Raya (JKR) Simunjan semalam.
 
Pekan Simunjan
terletak kira-kira 120 kilometer di tenggara Kuching.
 
Dalam kejadian
pada pukul 9 pagi itu, seorang lelaki bertindak di luar batasan dengan
mencurahkan kira-kira lima liter racun rumpai ke dalam saluran paip utama di
loji tersebut di Jalan Nanas, Sekendu di sini.
 
Ketua Pemuda
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Simunjan, Mohd. Zaini Morshidi berkata,
lelaki yang berasal dari Kampung Sageng itu dipercayai melakukan perbuatan
khianat itu selepas tidak tahan menghadapi krisis air yang melanda kampungnya
sejak Jun lalu.
 
“Ketika kejadian,
kebetulan beberapa penduduk kampung melalui kawasan tersebut dan ternampak
tindak-tanduk lelaki itu yang mencurigakan.
 
“Akibat disergah
oleh penduduk kampung, lelaki tersebut kemudian melarikan diri dan berjaya
mengelak daripada ditangkap penduduk,” katanya ketika dihubungi di sini
semalam.
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1002&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
 

Kirim email ke