Assalamualaikum dan salam motivasi,

Cik Puan,

Didoakan Cik Puan sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Ilahi.

Book Pro Event ingin menjemput Cik Puan dan seisi kakitangan organisasi
Cik Puan untuk menyertai acara anjuran kami, acara yang julung-julung
kali diadakan iaitu Seminar P.O.W.E.R: Potensi Wanita Super. Program
yang direka bentuk khusus untuk memberikan kemahiran yang terkini kepada
golongan wanita bagi menghadapi dunia kerjaya penuh mencabar.
Kemahiran-kemahiran yang diberikan dalam bengkel ini adalah:

    * Kaedah menangani stress gaya Neuro Linguistic Programming
    * Kaedah mengurus kerja dan waktu secara efektif dan sistematik
    * Kaedah berkomunikasi gaya komunikator super
    * Kemahiran mengurus penampilan diri dalam semua majlis
    * Kenal potensi diri dan memacu kejayaan dalam hidup
    * Menjadi wanita profesional EQ,IQ dan SQ

Para ahli panel yang membuat pembentangan pada program 1 hari ini adalah
daripada mereka yang berkepakaran dalam bidang berkaitan. Mereka yang
terbabit adalah seperti berikut:

    * Profesor Madya Dr. Harlina Halizah Siraj, Pakar Sakit Puan HUKM
merangkap Naib Presiden JIM Pusat
    * Ustazah Zawiyah Hassan, Mantan Mursyidah Ustaza Pilihan ASTRO Oasis
    * Puan Mary Anni, Pakar Perunding Imej dan Career Coach
    * Tuan Fauzul Na'im Ishak, Pakar Neuro Linguistic Programming
    * Tuan Zamri Mohamad, Pakar Kreativiti dan Inovasi
    * Puan Haryati (Yatt) Hamzah, Pelakon, Model dan Selebriti TV

Gabungan kepakaran mereka ini tentunya memberikan inspirasi dan impak
maksimum kepada para pesertanya.

Butiran lanjut program ini adalah sepertimana berikut:

    * TAJUK: Seminar P.O.W.E.R: Potensi Wanita Super
    * TARIKH: 3 November 2012
    * MASA: 8.30 hingga 5.30 petang
    * TEMPAT: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak
    * Yuran: RM80 SAHAJA (Yuran Asal RM250)

Pihak kami amat berbesar hati menjemput Puan dan seisi kakitangan
organisasi Cik Puan untuk menyertainya. Pihak kami menerima sebarang
pembayaran menggunakan LO untuk program ini. Bersama ini kami sertakan
brosur mengenai program ini untuk rujukan pihak Cik Puan.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini boleh terus dirujuk
kepada Cik Nurul Aida Abdul Aziz, Pengurus Operasi Book Pro Event di
talian 0162605507 ataupun pejabat 0341492560. Pihak Cik Puan juga boleh
mendaftar secara online di laman web rasmi program
www.potensiwanitasuper.com <http://www.potensiwanitasuper.com/> .

Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak Cik Puan saya dahului
dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

BOOK PRO EVENT| 9-2 Jalan Wangsa Setia 3 Wangsa Melawati, Kuala Lumpur |
www.bookpro.my

Kirim email ke