Sering kali saya menerima panggilan berkemungkinan daripada
seorang ibu yang anak perempuan mereka bermasalah, terlanjur dan mungkin sedang
mengandungkan anak luar nikah. Saya terperanjat mereka bertanyakan adakah saya
bekerja di rumah perlindungan remaja terlanjur.
 
Rupa-rupanya sebelum ini saya ada menulis artikel mengenai
sebuah rumah perlindungan yang saya terjumpa di internet, dan saya cuma
hebahkan maklumat tersebut.
 
Apakah di luar sana
ramai ibu-ibu serta remaja perempuan yang terlanjur, yang ingin kembali ke
pangkal jalan tidak ada rumah perlindungan di kawasan mereka? Mana pergi 
Kementerian Wanita, mana pergi JAKIM,
mana pergi Majlis Agama? Mereka sepatutnya sering mempromosi hotline rumah
perlindungan mereka di Utusan, TV1, TV3, internet dan sebagainya.
 
Saya dihubungi
melalui e-mel, seorang sukarelawan yang mengendalikan rumah perlindungan untuk
remaja terlanjur ini iaitu Rumah Perlindungan Puteri Arafiah di Seksyen  7 Shah 
Alam. Mereka yang ingin bertanyakan
lebih lanjut mengenai Rumah Perlindungan Puteri Arafiah bolehlah menghubungi
Puan Lin 019-3603234 atau melalui e-mel [email protected] 
 
Artikel saya
sebelum ini bertajuk ”Ke mana nak hantar remaja perempuan terlanjur,
bermasalah?” di  
http://waghih.blogspot.com/2012/03/ke-mana-nak-hantar-remaja-perempuan.html

Kirim email ke