Aduanrakyat.com 9 Nov 2012 

Saya sudah tidak mampu menyudahkan PBS
kepada pelajar saya. Ada beratus instrument yang perlu diuji kepada
pelajar. Dari band 1-6, dan beratus pelajar perlu dipantau… Sangat
meletihkan… Dengan bilangan pelajar yang ramai dalam kelas, masa
guru yg banyak dalam seminggu menyebabkan PBS menjadi satu masalah
baru yang menyebabkan guru-guru makan hati… banyak sangat
kerja-kerja lain tertangguh gara-gara menyiapkan PBS mengikut
kehendak lembaga peperiksaan..

Saya berpendapat PBS menyebabkan
pelajar  semakin letih.. bayangkan setiap hari, setiap guru yang
masuk ke kelas semuanya akan menjalankan PBS kepada pelajar.. lalu
pelajar menjadi letih.. mereka tidak dapat fokus apa yang mereka
belajar . Majoriti pelajar yang saya tanya, mereka tidak menyukai
PBS..ramai pelajar akhirnya melihat buku semasa menjawab soalan…
disini sudah tiada ketelusan dalam PBS.. guru2 pula akan memasukkan
semua eviden ke dalam fail dan ini banyak mengambil masa..

Saya merasakan peperiksaan jauh lebih
baik kerana pelajar ada daya usaha, daya saing, mereka akan belajar
dan menjawab dengan baik.. seterusnya guru-guru ada ruang masa
melakukan kerja-kerja lain spt ko-kurikulum, membuat lesson plan,
program dll

Dengan PBS, guru-guru akan menanda
kertas dan memantau band pelajar sepanjang tahun…hingga menjadi
semput dan sesak nafas… waktu malam pula kami bangun semata-mata
mahu key-in PBS dalam talian yang sangat lambat..

Harap pihak LPM boleh mengkaji semula
PBS dan mengeluarkan borang soal selidik kepada guru-guru yang
terlibat..

Serkian terima Kasih

By: halina

http://www.aduanrakyat.com.my/pbs-sangat-membebankan 

Kirim email ke