Tahniah kepada Ustaz Nor Azman Mohamad
yang begitu prihatin terhadap perkembangan semasa sistem pelajaran
dan pendidikan negara yang semakin hari, semakin hilang hala tuju
yang memberi kesan langsung kepada para pelajar serta warga pendidik.

PAS Perjelas Misi Cadangan Sistem
Pendidikan 

PENGKALAN CHEPA, 16 Nov 2012  - Isu
pendidikan menjadi teras dalam pembentukan negara berkebajikan PAS.
Demikian tegas perwakilan PAS Negeri
Sembilan, Ustaz Norazman Muhammad dalam sesi perbahasan ucaptama
Presiden PAS petang tadi.
Katanya, dasar pendidikan kebangsaan
yang diguna pakai sejak merdeka sering mengalami perubahan. Namun
begitu, perubahan yang dibuat lebih bersifat 'market-driven'.
"Dasar dan sistem yang
diperkenalkan tidak dikaji sepenuhnya sebelum dilaksanakan,"
ujarnya membahas.
Beliau menekan serius dasar PPSMI yang
menelan belanja sehingga RM 5.1 billion ditarik balik selepas 4%
pelajar sahaja berjaya menguasai Bahasa Inggeris melalui dasar yang
diperkenalkan.
"Ia bukan sahaja merugikan rakyat,
tetapi juga memperjudikan masa hadapan anak-anak!" tegas beliau.
Hinggakan, Penilaian Berasaskan Sekolah
(PBS) yang diperkenalkan baru-baru ini pula membebankan guru dengan
kerja-kerja pengkeranian.
Justeru, beliau menggesa supaya
guru-guru dikembalikan kepada kerja profesionalisme yang sebenar.
"Dasar pendidikan yang dicadangkan
oleh PAS perlu mempunyai misi yang jelas agar beban guru dapat
dikurangkan dan dapat menumpukan sepenuh masa untuk mendidik,"
tambah beliau.
Presiden PAS pagi itu memberitahu, PAS
dalam kerajaan Pakatan Rakyat wajib memastikan tidak ada kalangan
rakyat yang tercicir daripada pendidikan, mengikut tahap kemampuan
masing-masing.

http://norazmanmohamad.blogspot.com/2012/11/pas-perjelas-misi-cadangan-sistem.html
 

Kirim email ke