Ketika melalui satu jalan utama di
Negeri Sembilan saya ternampak satu kain rentang besar yang digantung
di pintu pagar sebuah premis perniagaan. Kain rentang tersebut
tertulis “MAKANAN DARI LUAR TIDAK DIBENARKAN TERMASUK KUEH PAU
INI”. 

Di luar pintu pagar premis perniagaan
tersebut ada seorang peniaga Melayu yang menjual kueh pau menggunakan
payung sahaja.

Peniaga yang menulis kain rentang tadi
memang telah lama berniaga di situ. Yang berniaga kueh pau tadi baru
lagi. Dua-dua peniaga Melayu, tapi yang satu terkenal dengan air
minuman, dan yang baru cuma berniaga pau.

Sebelum ini saya sekeluarga pernah
mengunjungi warung-warung berhampiran Stadium Paroi. Saya duduklah
satu warung ni. Saya pun pesanlah makanan dari warung A dan duduk di
warung A. Kemudian anak saya pergilah pesan ABC di warung B,
betul-betul sebelah warung A.

Peniaga warung B kata , kalau nak minum
ABC kena duduk di warung B. Sejak dari itu saya hanya berkunjung ke
warung A, makanannya pun sedap, peniaganya pun ramah. 

Macam manalah peniaga dan usahawan
Melayu nak maju. Bukankah rezeki itu dari Allah. Itu baru berniaga
pau, air minuman dan makanan, belum lagi berniaga cincin berlian, beg
tangan, kapal selam, jet, lembu, kondominium dan sebagainya.

Gambar kain rentang tadi di 
http://waghih.blogspot.com/2012/11/peniaga-melayu-susah-nak-maju-jika.html 

Kirim email ke