Tidap perlu
tunggu laporan. Semua agensi kerajaan yang berkaitan sepatutnya turun padang 
segera untuk
menyiasat fenomena pelik ini sebelum ianya menjadi satu bencana besar. Adakah
ianya berpunca dari kebocoran gas bawah tanah, kebocoran voltan elektrik bawah
tanah, aliran air panas bawah tanah, aliran lava bawah tanah, aliran bahan
buangan kilang bawah tanah dan seterusnya.
 
Lantai rumah jadi ‘dapur’ segera
19 Nov 2012 
 
SEREMBAN: “Seminggu sebelum kejadian ini, tiba-tiba air di
dalam mangkuk tandas menggelegak hingga menakutkan saya,” kata Indon Abdullah,
61, yang dibelenggu ketakutan apabila mendakwa rumah didudukinya di Taman
Tuanku Jaafar, Senawang, dekat sini, pelik kerana lantainya terlalu panas
sehingga boleh memanaskan air.
 
Menurutnya, dia dan suami, Abdul Rahman Gumpal, 70,
menyedari kejadian itu jam 9 malam, Jumaat lalu selepas pulang dari masjid. 
 
“Saya tidak
mengesyaki apa-apa kejadian lain sehinggalah jubin panas ini terjadi. 
 
“Ia seperti
misteri kerana berlaku secara tiba-tiba dan pertama kali sejak 30 tahun kami
tinggal di rumah ini,” katanya di sini, semalam. 
 
Indon berkata,
kejadian disedari suaminya apabila mendapati lantai jubin panas di luar rumah
berhampiran garaj sehingga mampu mengeringkan air di dalam jag. 
 
“Saya terkejut
sebaik suami memberitahu kejadian itu dan tersentak sebaik memijak jubin depan
rumah yang panas. 
 
“Saya terus
menghubungi Balai Bomba Senawang meminta bantuan, bagaimanapun disahkan tiada
apa-apa berlaku. 
 
“Buntu memikirkan
masalah ini, saya dan suami kini sedang menunggu Jabatan Mineral dan Geosains
negeri datang untuk melakukan pemeriksaan teliti,” katanya. 
 
Sementara itu,
Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan, Mustafar Hamzah ketika 
dihubungi berkata, setakat ini
pihaknya belum menerima laporan berhubung perkara itu. 
 
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lantairumahjadi__8216_dapur__8217_segera/Article/index_html
 

Kirim email ke