PAS memandang serius isu yang sedang
melanda bidang pendidikan negara mutakhir ini dalam memastikan konsep
Negara Berkebajikan PAS menjadi acuan yang dapat menyelesaikannya.

Pendidikan harus dijadikan sebagai
teras dalam Negara Berkebajikan malah dapat membentuk perpaduan dalam
kalangan masyarakat Malaysia amnya.
Gesaan itu selari dengan isu yang
sedang melanda pendidikan serta warga pendidik di negara ini setelah
UMNO/BN membawa satu lagi dimensi songsang dalam wahana pendidikan
negara dengan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Sistem baharu tersebut umpama nanah
yang sedang membarah dalam sistem pendidikan negara setelah 55 tahun
Kerajaan Barisan Nasional memerintah, perubahan berkenaan dasar
pendidikan yang sering diubah. Lebih memburukkan keadaan, kebanyakan
dasar itu bersifat ‘market-drive’ dan menanggung kerugiaan
berbilion ringgit.

Sebagai contoh, dasar PPSMI yang
dilaksanakan di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir menelan belanja
sehingga RM5.1 Bilion, namum keputusan tahap celik pelajar ketika
mana Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar dalam matapelajaran
Sains dan Matematik hanya sebanyak 4% sahaja.
PBS yang dilaksanakan pada tahun 2011
hanya berdasarkan penilaian kepada mata kasar guru sahaja. Hal ini
mendapat bantahan daripada guru keraja segala tanggungjawab berkenaan
peperiksaan dibebankan kepada guru. Setiap aspek seperti menggubal
soalan, menyemak dan memasukkan data perlu dilakukan guru yang
mengajar. 

Saya menyeru supaya penstrukturan
semula perlu dibuat dengan kadar segera bagi meningkatkan kembali
mutu pendidikan negara dari terus dimanipulasikan dengan pelbagai
dasar yang tidak menguntungkan.
PAS komited dalam memperjuangkan agenda
menambah baik taraf hidup guru dengan penambahan elaun insentif
sebanyak rm500 seperti dalam tawaran Buku Jingga Pakatan Rakyat yang
wajar diberi kepada setiap guru demi meningkatkan lagi taap
kredibiliti dan profesionalisme amnya.
Nor Azman Mohamad
Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan
Ucapan ketika membahaskan Ucapan Dasar
Presiden PAS bertajuk “Negara Berkebajika, Teras Perpaduan” di
Muktamar Tahunan PAS kali ke-58 di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan
(PUTIK) pada 16 November 2012. 

http://norazmanmohamad.blogspot.com/2012/11/pbs-harus-dikaji-jangan-bebankan-guru.html
 

Kirim email ke