InsyaAllah satu
kejutan besar akan berlaku di Rembau, berhampiran sempadan Negeri Sembilan dan
Melaka. Sempadan Negeri Sembilan dan Melaka adalah merupakan satu tempat yang
penuh sejarah.
 
Tentera kerajaan
Rembau amat digeruni oleh tentera penjajah Portugis dan Belanda selepas
kejatuhan Melaka. Seringkali tentera penjajah Portugis dan Belanda tewas
apabila bertempur dengan tentera kerajaan Rembau. 
 
Orang Negeri
Sembilan, khususnya orang Rembau jangan terperanjat. Ini bukan dongengan
penglipur lara. Ini adalah sejarah yang tertulis dan tersimpan di arkib negara
luar. 
 
InsyaAllah akan
berlaku kejutan di sempadan Negeri Sembilan dan Melaka dalam masa terdekat. 
 
Ayuh bangkitlah
orang Negeri Sembilan, khususnya orang Rembau. Kita satu masa dahulu adalah
merupakan pembela bangsa, agama dan negara yang digeruni oleh pihak musuh. 
Marilah
kita bersama mengembalikan kegemilangan di Rembau ini yang semakin suram dek
rumah dan tanah yang terbiar.
 
Rozmal bin
Malakan
Kota, N.Sembilan
 
Petikan dari akhbar The Straits Times Singapore bertarikh 18
November 1933 : “By both the Portuguese and the Dutch, the State of Rembau was
regarded as the principal power in the Malacca hinterland, and both had many a
battle with the “rebellious Menangkabowes” The grave of a Portuguese soldier
killed in one of these skirmishes is a boundary mark between Malacca and Tampin
to this day”.
 
Maksud petikan akhbar di atas : “Portugis dan Belanda menyatakan
bahawa negeri Rembau adalah merupakan kuasa utama untuk bahagian pedalaman
Melaka, dan kedua-dua pihak (Portugis dan Belanda) telah kerap kali bertempur
dengan “pemberontak Minangkabau ini”. Kubur seorang askar Portugis yang
terbunuh dalam salah satu pertempuran tersebut telah dijadikan tanda sempadan
antara Melaka dan Tampin hingga ke hari ini.
 
Sumber 
http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article/straitstimes19331118.2.106.aspx  

Kirim email ke