Aduanrakyat.com 21 Nov 2012 - Saya salah seorang pelajar IPT
Politeknik Muadzam Shah, Pahang. Pada tahun lepas iaitu 18 oktober 2011 , saya
telah dipaksa dan diajak oleh penjual Linguaphone untuk mendengar tentang
penerangan produk pembelajaran bahasa Inggeris mereka. 
 
Pada mulanya saya tidak mahu dan ingin menolak untuk
menandatangani kontrak dan membeli produk tersebut dengan harga RM 2,389 dengan
ansuran bulanan RM110 . Saya telah membayar deposit sebanyak RM 299.
 
Semasa pembelian, sya disuruh menandatangani kotrak
pembelian tanpa menyuruh dan memberi saya membaca syarat-syarat pembelian
produk terlebih dahulu. Saya dan
beberapa rakan pelajar yang lain telah terjerat dengan kata-kata manis penjual. 
 
Mereka juga
enggan apabila saya mengatakan bahawa saya ingin memberitahu ibu bapa terlebih
dahulu dan penjual tersebut mengatakan ”ala adik, adik beli ni pun untuk adik
juga, tak kan la mak bapak adik tak nak tengok adik berjaya, itu bukan ibu bapa
namanya”. 
 
Medengar
kata-kata penjual saya merasa amat tertekan sehingga tidak tahu ingin berbuat
apa. Selepas menandatngani kotrak barulah saya diberitahu oleh penjual bahawa
setiap pembelian yang dibuat tidak boleh dipulangkan. Saya berkeras untuk
memulangkan produk pada hari itu namun mereka tidak mahu sehingga ada salah
seorang kawan saya juga berkeras untuk membantu saya.
 
Penjual tersebut
memberitahu dia akan cuba membantu saya untuk membatalkan n memulangkan semula
produk tersebut namun setelah beberapa hari saya cuba menghubunginya, tiada
jawapan dan penjual berdiam diri. Pihak linguaphone berkali-kali menghubungi
saya meminta untuk membuat bayaran. 
 
Saya bingung
kerana baru saya tahu Produk Linguaphone telah menjerat ramai pelajar IPT
khususnya pelajar kemasukan baru. Mereka mengatakan bahawa surat tindakan akan
dihantar dan nama saya akan di ”BLACKLIST” sekiranya saya tidak membuat
bayaran.
 
Mereka mengatakan
mengapa saya tidak menghubungi office sekiranya hendak membuat pembatalan. 
Bagaimana
saya tahu akan hal itu sedangkan saya sendiri tidak diberitahu tentang perkara
itu dan penjual juga hanya berdiam diri.
 
Baru-baru ini
saya telah membuat bayaran tunggakan selama 13 bulan sebanyak RM 1430. Saya
merasa amat tertipu dengan cara penjual menarik pelanggan untuk membeli produk
mereka. 
 
Mereka memakai
unsur pujuk dorong bagi mengaburi mata pelanggan supaya membeli produk mereka. 
Baru-baru
ini juga ramai pelajar baru di Kampus saya telah membeli produk Linguaphone dan
Pihak Jwatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sedang mengusahakan untuk
menyelesaikan masalah tersebut. 
 
Setelah saya
mencari pelbagai maklumat mengenai produk Linguaphone di Internet, baru lah
saya tahu bahawa produk ini telah menipu dan ramai pelajar IPT yang telah
membuat tuntutan terhadap produk ini.
 
By: Faridah Binti
Salihan
 
http://www.aduanrakyat.com.my/penipuan-kontrak-linguaphone#more-20695 

Kirim email ke