Sepatutnya apabila
ada masalah rumah tangga, masjid patut dijadikan tempat rujukan dan bertenang,
tetapi kenapa mereka memilih kafe siber pula tempat rujukan dan bertenang? 
Adakah
kerana banyak masjid-masjid di Malaysia ini telah mati seperti yang saya tulis
sebelum ini di 
http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html 
 
LELAKI PILIH KAFE
SIBER JAUHI LETERAN ISTERI
 
22 Nov. 2012  - Akibat tertekan dengan bebelan isteri atau
ibu bapa semasa berada di rumah, ramai golongan lelaki berusia bawah 50 tahun
menghabiskan masa bermain judi secara dalam talian di kafe siber.
 
Bermula sebagai tempat melepaskan geram, lama-kelamaan
mereka menjadi seronok dan ketagih dengan kegiatan haram tersebut sehingga ada
'kaki judi' yang tegar sanggup berhutang dengan ah long.
 
Permintaan tinggi terhadap perjudian dalam talian
menyebabkan ramai sindiket bersaing membuka kafe siber dengan menawarkan
beberapa tarikan kepada pengunjung sehingga menyukarkan pihak polis membendung
aktiviti haram tersebut terutama di empat negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, 
Johor dan Pulau
Pinang.
 
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan
Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata,
walaupun operasi pembanterasan menerusi 'Op Dadu' giat dijalankan oleh polis
dan banyak sindiket berjaya ditumpaskan namun kewujudan kafe siber yang
menawarkan khidmat perjudian ini tetap 'tumbuh bak cendawan' di negara ini.
 
TABUNG MASJID JADI SASARAN PENCURI 
 
22 Nov 2012 - Kegiatan
pecah tabung masjid menjadi kebimbangan jemaah Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah,
Taman Sri Rampai, Setapak di sini apabila tabung masjid itu menjadi sasaran
buat kali ketiga dalam tempoh seminggu lalu.
 
Satu sumber berkata, kejadian terbaru pada malam kelmarin
hanya disedari oleh imam masjid berkenaan yang terkejut apabila mendapati
mangga pada tabung itu sudah dipecahkan manakala tabung kosong.
 
Bagaimanapun, kata sumber itu, tidak diketahui berapa banyak
duit dalam tabung itu. Kejadian tersebut dilaporkan kepada polis pada pukul 3
pagi semalam.
 
“Kejadian pecah tabung itu kemungkinan berlaku antara pukul
10 malam hingga pukul 3 pagi semalam selepas kesemua jemaah pulang sebaik
selesai menunaikan solat Isyak,” kata sumber itu.
 
Menurut sumber itu, dua hari sebelum itu, dua kejadian sama
berlaku berturut-turut dengan pencuri mengait duit dari dalam tabung
menggunakan dawai penyangkut baju yang diubai suai. 
 
Tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian pertama dan
kedua.
 
Jelas sumber itu lagi, imam masjid berkenaan tidak menolak
kemungkinan perbuatan itu dilakukan oleh orang awam yang menjadikan masjid
sebagai tempat tidur sementara dan mereka yang mengetahui selok-belok dalam
masjid itu.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121122/dn_20/Lelaki-pilih-kafe-siber-jauhi-leteran-isteri
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1122&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm
 

Kirim email ke