Malam tadi
sebelum solat Maghrib di Surau Taman Alamanda, Senawang, seorang saudara baru 
(mualaf)
tercari-cari sesuatu. Jemaah surau mengarahkan untuk berjumpa saya. Mualaf tadi
tanya ada tak imam, saya kata imam belum sampai.
 
Mualaf tadi kata
dia perlukan tandatangan imam untuk borang bantuan Majlis Agama Islam
N.Sembilan. Saya perhatikan borang yang dia bawa, alamatnya dari taman
bersebelahan.
 
Saya kata pada
mualaf tadi , perlu tandatangan dari imam surau taman tempat dia tinggal, kalau
imam sini tandatangan mungkin permohonan ditolak.
 
Mualaf tadi kata,
penduduk di tamannya kata imam tempat dia sudah meninggal dunia. Memang saya
tahu tamannya beberapa bulan dahulu imamnya sudah meninggal dunia, takkan tak
ada pengganti lagi.
 
Lalu saya
beritahu mualaf tadi supaya pergi jumpa imam Masjid Bandar Baru Senawang pada
waktu zohor atau asar, kerana taman di sini adalah di bawah kariah Masjid
Bandar Baru Senawang.
 
Lepas solat
jemaah Maghrib, saya cari mualaf tadi, ingatkan dia tunggulah nak minta bantuan
lain ke, minta sumbangan ke. Rupa-rupanya dia dah nak pakai selipar, nak balik
rumah.
 
Saya tahan dia
dan beritahu, minta maaflah, imam sini tak dapat tandatangan, dan ingatkan dia
agar pergi jumpa Imam Masjid Bandar Baru Senawang.
 
Mualaf dengan
pakaian yang kusut masai tadi tak mengadu apa-apa pun nasib dia, atau minta
apa-apa bantuan. Bila ditanya baru dia kata dia kerja di Kuala Lumpur, kejap
ada , kejap tak ada kerja, ikut orang kerja. Ayah dia pula kena stroke. 
 
Lalu saya beri
dia RM10, pada mulanya dia menolak dan amat enggan menerima. Lalu saya kata,
ini hadiah, dia pun menerimanya dan terus berjalan kaki pulang dengan segera. 
 
Kepada mereka
yang selalu didatangi mualaf atau saudara baru, layanlah mereka dengan
sebaiknya, terutama mereka yang datang bukan untuk meminta-minta semata-mata.

Kirim email ke