Dua isu besar yang melibatkan
kepentingan rakyat di Negeri Sembilan menjelang Pilihanraya Umum ke
13 ialah ;

1. Tender bangunan Hospital Rembau
masih belum dikeluarkan sehingga kini, sedangkan upacara perletakan
batu asas telah disempurnakan pada bulan Mac 2008 oleh Menteri Besar
Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan. Ulasan penuh isu ini di 
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/11/tender-bangunan-hospital-rembau-masih.html
 

2. Pembinaan jalan baru Pasir Panjang
ke Linggi sepanjang 22.5 km yang dibina sejak tahun 2005 yang masih
belum siap sehingga kini. Kos asal projek RM118 juta, kemudian
ditambah lagi RM118 juta pada kontraktor yang sama pada tahun 2008,
ditambah lagi RM47.5 juta juga pada kontraktor yang sama, dimana
salah seorang Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang dianugerahkan
membina jalan ini ialah Dato Napsiah Omar, bekas Menteri Kabinet
serta bekas pimpinan tertinggi Umno dan Wanita Umno. Ulasan penuh isu
ini dengan fakta di 
http://mohdtaufek.blogspot.com/2012/11/jalan-pasir-panjang-ke-linggi-rm300.html 

Kirim email ke