Petang Sabtu lalu
saya membawa anak saya ke kedai gunting rambut di pekan Rembau. Kuna Barbers, 
satu
satunya kedai gunting rambut di daerah Rembau yang saya tahu setakat ini. 
Sederet
kedai gunting rambut ini ada kedai judi ekor yang berlesen yang cukup popular.
 
Berhadapan kedai
gunting rambut ini ialah Balai Polis Rembau, yang tidak jauh pula dari Pejabat
Agama Islam Rembau dan Mahkamah Syariah. Di hujung jalan sana pula ialah Masjid
Jamek Daerah Rembau yang sebelahnya ada pasar malam yang meriah petang Sabtu
hingga ke maghrib , hinggalah lepas Isya’.
 
Tapi yang paling
meriah saya tengok petang itu, ialah kedai judi tersebut. Dikunjungi oleh
rata-rata orang Melayu yang sudah dewasa dan ada yang warga emas. Walaupun kedai
judi ini telah kerap kali di serbu oleh penguatkuasa jabatan agama, namun ianya
masih menjadi tumpuan ramai orang Melayu , seperti mana tumpuan di pasar malam
sebelah Masjid Jamek Daerah Rembau.
 
Di mana silapnya
, sebuah kedai judi di kawasan yang majoriti Melayu, dekat balai polis, dekat 
pejabat
agama, mahkamah syariah dan masjid daerah boleh begitu meriah dikunjungi oleh
orang Melayu, di tepi jalan utama menjadi tontonan semua orang?
 
Lebih menarik
lagi, boleh dikatakan mana-mana kedai judi berlesen, pasti ada restoran HALAL
disebelahnya yang menjadi tumpuan kaki judi berkumpul.
 
Tak malukah orang
Melayu yang beragama Islam? Saya merasa amat malu, sebab saya orang Rembau,
malu kepada Allah. 
 
Dr Mohd Arif
Kasmo berkata antara punca orang Melayu tidak menghargai Islam ialah kerana
mereka tidak mengetahui keajaiban al Quran. Dr Arif Kasmo yang banyak berdakwah
melalui penemuan sains dalam al Quran menekankan betapa pentingnya para
pendakwah mendalami ilmu sains kerana ramai yang diluar sana berhujah secara
fakta dan logik akal.
 
Dan dakwah bukan
hanya boleh tertumpu dalam masjid, tapi perlu turun padang, jumpa seorang demi
seorang, terutama orang Melayu sendiri.
 
Tidak hairanlah
banyak masjid-masjid yang mati di Negeri Sembilan ini seperti yang saya tulis
sebelum ini di 
http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html 

Kirim email ke