Mungkin ada diantara kita berfikiran
buaya hanya menyerang mangsa di sungai terutama di Sarawak.
Sebenarnya buaya juga boleh hidup di pinggir air masin, di kawasan
pantai. Kawasan pantai bukanlah habitat buaya, tapi adalah laluan
buaya apabila ia berhijrah dari satu kuala ke kuala yang lain. 

Namun apa yang mengejutkan, serangan
buaya di Pantai Pasir Panjang, Sarawak ialah ianya berlaku di luar
musim buaya berhijrah. 

Pantai di Negeri Sembilan dan Melaka
juga sebelum ini berlaku kejadian buaya-buaya berenang ke pantai
peranginan. Beberapa kejadian kemunculan buaya di pantai Port Dickson
dan Melaka dilaporkan di 
http://waghih.blogspot.com/2010/05/video-buaya-sedang-berenang-di-pantai.html 

Alhamdulillah setakat ini buaya-buaya
di Negeri Sembilan dan Melaka tidak menyerang manusia. Apakah ini ada
kaitan dengan perjanjian ulama-ulama di Negeri Sembilan dengan
buaya-buaya ini adalah tidak dapat dipastikan seperti yang dilaporkan
di 
http://waghih.blogspot.com/2010/05/3000-buaya-di-pantai-melaka-dan-ulama.html 

Apakah perjanjian tersebut? Hanya Allah
yang Maha Mengetahui. Yang penting kita perlulah pastikan agar
habitat buaya-buaya di Sg Linggi tidak terancam dek pembangunan dan
pencemaran.

Sempat tendang buaya sebelum pengsan
27 Nov 2012 

Santubong: Terselamat daripada serangan
buaya ketika berenang di Pantai Pasir Panjang di sini, menjadi
pengalaman paling ngeri bagi Muhd Azlan Marzuki, 20, semalam.
Pelajar Diploma Pengajian Sukan
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Sarawak itu bernasib baik
kerana sempat menendang buaya dan berenang ke pantai sebelum pengsan,
kira-kira jam 6 petang. 

Dalam kejadian itu, Muhd Azlan yang
kali pertama mengunjungi pantai berkenaan bersama keluarga, mengakui
pernah membaca kes serangan buaya di kawasan berkenaan. 

“Ketika berenang kira-kira 20 meter
dari pantai, saya tidak menyangka kayu yang saya terpijak adalah
kepala buaya. Belum sempat mengalihkan kaki, buaya itu terus
menyambar dan menggigit kaki kanan sehingga ke atas buku lali.
“Pada waktu itu, apa yang saya
fikirkan cuma mahu melepaskan diri. Dengan menggunakan segala tenaga
yang ada, saya menendang kuat kepala buaya berkenaan.

“Mujur buaya melepaskan gigitan dan
saya sempat berenang ke pantai,” katanya sambil mendakwa buaya itu
sepanjang dua meter.
Muhd Azlan berkata, sejurus sampai ke
pantai, dia rebah kerana luka yang dialami akibat gigitan buaya yang
menyebabkan banyak pendarahan.
Dia yang enggan lukanya dijahit,
menerima rawatan pesakit luar di Hospital Umum Sarawak (HUS)
kira-kira sejam selepas kejadian dan dibenarkan pulang.
Serangan buaya itu kes kedua di kawasan
itu selepas pelajar, Ashley Austin Chin, 14, cedera digigit pada
kedua belah kaki dalam kejadian 22 Ogos lalu. 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sempattendangbuayasebelumpengsan/Article
 

Kirim email ke