27 Nov 2012 

MELAKA: Majlis penutup Karnival Dewan
Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek 55 Jam yang berlangsung di Japerun
DUN berkenaan kecoh apabila seorang lelaki dipercayai kurang siuman
tiba-tiba muncul di pentas dan menghempaskan batu nisan, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam
itu, lelaki berusia lewat 30-an itu tiba-tiba menaiki pentas membawa
bungkusan ketika ceramah disampaikan Ahli Parlimen Sri Gading, Johor,
Datuk Mohamad Aziz. 

Sumber berkata, tindakan lelaki itu
menyebabkan Mohamad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek,
Datuk Md Yunos Husin serta hadirin terkejut.
“Mohamad berhenti menyampaikan
ceramah selepas nampak lelaki terbabit muncul di pentas sambil
bertanyakan tujuannya datang sebelum batu nisan itu dihempaskan.
“Keadaan agak kecoh dan mengejutkan
hadirin sebelum sepasukan polis menahan lelaki terbabit kerana
mengganggu perjalanan majlis berkenaan,” katanya, di sini, semalam.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hempasbatunisan/Article/index_html 

Kirim email ke