Saya adalah antara ribuan guru malang di negara ini. Nasib kami jelas tidak
dipedulikan apatah lagi diperjuangkan oleh kesatuan guru mahupun mana-mana
pihak berkaitan. 
 
Dasar JPA dan Kementerian Pelajaran membunuh semangat kami,
merugikan kami sepanjang perkhidmatan malah sepanjang hayat. Nasib kami amat 
malang jika dibandingkan
dengan guru-guru lain kebelakangan ini, sedangkan kami juga belajar untuk
memperolehi ijazah seperti orang lain dengan wang kami sendiri.
 
Fahamilah kami, lihatlah apa yang berlaku sebenarnya melalui
jadual yang berikut:
 
1.  Tarikh Graduasi
DASAR UNTUK KAMI -
2001
DASAR SEKARANG - 10
 
2. Temuduga Ke
DG41
DASAR UNTUK KAMI -  2002
DASAR SEKARANG -  2010
 
3. Pelantikan Ke
DG32
DASAR UNTUK KAMI -   TAK SEMPAT
DASAR SEKARANG -   DAPAT
 
4. Lantikan Ke
DG41
DASAR UNTUK KAMI -   2004
DASAR SEKARANG -   2010
 
5. Pelarasan Gaji
2007
DASAR UNTUK KAMI -    15%
DASAR SEKARANG -    25%
 
6. DG41 Ke DG44
DASAR UNTUK KAMI -
10 Thn Atau 7 + 3 Tahun
DASAR SEKARANG - 8
Thn Atau 5 + 3 Tahun
 
Paling
menyedihkan apabila guru yang baru saja dilantik ke DG41, gaji mereka lebih
jauh tingginya daripada gaji kami walaupun kami berada di Gred DG44. Sedangkan
kami lebih lama berkhidmat.
 
Kami yang telah
lama berkhidmat tetapi bayangkan berapa banyak yang kami rugi sekiranya masih
ada 20 tahun perkhidmatan kami berdasarkan mata tanggagaji kami yang jauh lebih
rendah. Juga bayangkan ke mana perginya kekananan kami disebabkan dasar JPA dan
Kementerian yang sentiasa berubah-ubah. 
 
Apa yang lebih
dikesali ialah tiada mana-mana kesatuan guru memperjuangkan  nasib kami, yang 
heboh diperdendangkan
sekadar “melepaskan batok di tangga”. Kesatuan guru, JPS mahupun KPM diam
seribu bahasa.
 
Jangan marahkan
guru jika mereka beralih arah menyokong Pakatan Rakyat dalam pilahan raya akan
datang. Hakikatnya memang telah ramai pun guru yang menyokong PR akibat dasar
JPA dan KPM yang kurang prihatin masalah ini.
 
Sebenarnya, kami
tidak minta mahupun merebut apatah lagi merampas hak orang tetapi biarlah
dilayan dan diberikan hak yang seadil-adilnya. Adil sepertimana orang lain
dapat. Berlaku adillah untuk masa depan perkhidmatan kami.
 
Guru tersisih,   
 
Sumber : Harakah 
 
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/14886-keluhan-guru-yang-disisihkan

Kirim email ke