Dikongsikan di
bawah ini beberapa isu kenaikan bil elektrik setelah ditukar meter baru oleh
TNB. Mungkin rakan-rakan lain
boleh berkongsi masalah ini sekiranya berlaku di tempat masing-masing. Apakah
ini cara baru untuk mengumpul wang rakyat?
 
BIL ELEKTRIK NAIK
MENDADAK SETELAH TUKAR METER BARU 
 
Saya baru membeli
sebuah rumah daripada seorang individu. Saya telah diminta untuk menukar meter
elektrik rumah itu kepada nama saya. Jadi saya memohon pertukaran meter
elektrik tersebut. Saya telah mendiami rumah itu 3 bulan sebelum meter elektrik
tersebut ditukar kepada yang baru. Sejak saya tinggal dirumah itu bil elektrik
saya tidak pernah mencecah RM20.00 sebulan tetapi selepas sahaja meter ditukar
bil elektrik rumah saya naik mendadak sehingga RM 181.05 sebulan.
 
Sumber : Aduanrakyat.com 
 
METER BARU TNB PENIPU. 
 
Aduan dan rungutan rakyat Puchong mengenai caj bil TNB yang
naik mendadak 3 kali ganda!  
 
Bila sudah di pasang, saya pun tunggu bil letrik pertama.
Bila dah sampai, terkejut saya sebab bukan tambah kurang tapi tambah tinggi! 
Saya pun google kat internet, jika ada
komplen yang lain dari pengguna. Rupa-rupanya bukan saya sorang sahaja tapi
banyak lagi yang komplen hal yang serupa. Jawapan TNB mudah sahaja, meter baru
ni meter digital, lebih tepat dan bacaan yang diberi memang bacaan sebenar.  
Kadang-kadang terfikir juga saya, apa ke
bodohnya TNB selama ni bila pasang meter yang memberikan bacaan yang tidak
tepat sampai 300% lari dari bacaan sebenar.
 
Sumber : UnclearEngineer
 
TERKEJUT BIL MELAMBUNG
 
Tenaga Nasional Berhad (TNB) digesa mengkaji semula
pemasangan sistem meter digital yang didakwa masih banyak kelemahan sehingga
membebankan penggunanya.
 
Presiden Kemajuan Pelajar Tamil Malaysia, M Arjunan berkata,
lebih 50 aduan mengenai masalah bil elektrik naik mendadak diterimanya sejak
penukaran meter manual kepada sistem digital itu.
 
Menurutnya, rumah persinggahannya di Bukit Beruntung turut
mengalami nasib sama apabila bil semasa RM8.75 meningkat RM100 hampir setiap
bulan.
 
“Pada Mac lalu, bil dikenakan RM8.75 dan saya terkejut
apabila bil Ogos mencecah RM1,211.
 
Sumber : Sinar Harian
 
http://www.aduanrakyat.com.my/bil-elektrik-naik-mendadak-setelah-tukar-meter-baru
 
http://unclearengineer.blogspot.com/2012/10/meter-baru-tnb-penipu.html 
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/terkejut-bil-melambung-1.104977 

Kirim email ke