Ni mazhab mana, fatwa mana, tarikat
mana yang galakkan berhutang untuk mengadakan majlis perkahwinan
sehingga mendatangkan 1001 macam masalah selepas perkahwinan? Atau
ianya semata-mata budaya ikut-ikutan, lumba-lumbaan orang Melayu di
alaf baru. Orang Cina pula yang ambil berat masalah hutang dalam
menganjurkan majlis perkahwinan. Pemimpin Melayu perlu tunjukkan
contoh kepada rakyat agar berpada-pada dalam mengadakan majlis
perkahwinan agar orang Melayu tidak segan silu mengadakan majlis
kemampuan mengikut kemampuan masing-masing tanpa perlu berhutang.

PENGANTIN DIBELENGGU HUTANG
11 Dis. 2012- Agensi Kaunseling dan
Pengurusan Kredit (AKPK) berjaya menyelesaikan masalah kemelut hutang
melibatkan nilai sebanyak RM82 juta yang dihadapi kira-kira 2,550
individu sejak ditubuhkan pada 2006 sehingga kini.
Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Koid Swee
Lian berkata, antara punca utama mereka terperangkap di dalam
belenggu hutang tersebut adalah melibatkan pinjaman untuk
perbelanjaan perkahwinan.
Katanya, kos persiapan perkahwinan yang
semakin meningkat memaksa golongan muda kini lebih gemar membuat
pinjaman tanpa berfikir panjang. 

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121212/dn_23/Pengantin-dibelenggu-hutang

Kirim email ke