Kami tak tahu kenapa ianya terjadi. Air merupakan keperluan asas tetapi
sering berlaku dan amat mengecewakan. Sebelum ini kita sering dihidangkan
dengan isu air di Selangor tetapi tempat kami bagaikan diabaikan.
 
Masalah air di Kg Maraba, Beaufort dalam DUN Lumadan dan Parlimen Sipitang
amat membimbangkan. 
 
Kami hanya menerima air pada jam 2.00 pagi (itu pun kadang-kadang) dan akan
ditutup sebelum jam 6.00 pagi. 
 
Masalah air ini berpunca apabila dibinanya water pam di Kg Inuman bertujuan
untuk menarik air ke Kg Lingkungan, Kg Lubok dan Kg Weston.
 
Sebelum ini jurutera daerah telah menyatakan masalah air akan diselesaikan
jika loji air baharu di Beaufort telah siap. 
 
Hal ini umpama menanam tebu dibibir sahaja. Acapkali kali melaporkan masalah 
kami ini tetapi
tidak diendahkan.
 
Diharap pihak berwajib mengambil tindakan dengan segera. Apa guna ungkapan
janji ditepati jika ianya tidak dikota.
 
By: rasa terkilan
 
Aduanrakyat.com 24 Dis 2012.  
 
Sumber ; http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-air-di-dun-lumadan

Kirim email ke