25 Dis 2012 

SEREMBAN: Dalam usaha untuk mengutip
dana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), PAS Negeri Sembilan akan
menganjurkan sebuah Majlis Makan Malam pada hari Jumaat, 28 Disember
ini.

Majlis makan malam tersebut akan
bermula pada jam 8.00 malam di City Kingdom Hotel Ballroom di Taman
AST, Seremban. Tetamu istimewa ialah Menteri Besar Kelantan, Tuan
Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

Menurut Setiausaha program, Mohd Hassan
Tamby, selain daripada ucapan Tuan Guru Nik Aziz, apa yang istimewa
pada malam tersebut ialah Tuan Guru Nik Aziz akan turut melelongkan
beberapa koleksi barang peribadi beliau.

Hasil lelongan tersebut akan
disumbangkan kepada dana PRU-13 PAS Negeri Sembilan.

Turut hadir dan akan memberikan ucapan
ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani dan
beberapa kepemimpinan utama PAS Negeri Sembilan.

Tiket berharga RM100 untuk setiap
seorang (satu kerusi) boleh dibeli dengan menghubungi Mohd Hassan di
talian 019-2171942 atau Hakki di talian 013-3840022.

Sesiapa yang ingin menyumbang kepada
dana PRU-13 PAS Negeri Sembilan, boleh berbuat demikian dengan
menyalurkan sumbangan ke dalam akaun Bank Islam Berhad atas nama
'Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan', nombor akaun
0503-0010-0004-62. 

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/15486-tg-nik-aziz-lelong-barang-peribadi-di-makan-malam-pas-n9

Kirim email ke