Sempena cuti hari Krismas 25 Dis 2012, Masjid Jamek Tanah
Datar, Chengkau yang terletak di tepi jalan utama Rembau-Tampin telah
mengadakan program ceramah dan majlis tahlil perdana.
 
Kehadiran masyarakat setempat dan yang dari luar kariah
adalah cukup luar biasa. Walaupun tiada bendera Umno, PAS, PKR serta BN
digantung di sekitar pagar masjid, penduduk setempat datang membawa anak-anak,
isteri, tok serta wan.
 
Antara yang hadir ialah Bekas wakil raykat Datuk Zaharudin
Mohd Shariff yang menjadi ADUN Kota (Umno) dari tahun 1999-2004, Imam Masjid
Gadong Cikgu Rahman, beberapa Dato Adat, Ustaz Muzni bin Borhan Pegawai
Penyelaras Masjid Daerah Rembau, Sdr Nazree Yunus Ketua Angkatan Muda Keadilan
N.Sembilan, Sdr Izamri Pengarah AMAL N.Sembilan, saya selaku Yang Dipertua PAS
Rembau dan juga wakil Aqsa Syarif N.Sembilan Sdr Hasri Wazir yang mengadakan
pameran Palestin. Malahan sahabat lama saya semasa MISG US dulu pun
ada, iaitu Sdr Husna Abd Shukor yang dah bertahun-tahun tak berjumpa.
 
Tiada sebarang
ucapan dari pemimpin politik dari parti mana sekali pun dalam masjid tersebut
sepanjang program. Pengerusi Majlis , Cikgu Taufek terus mempersilakan Ustaz
Muzni untuk mengetuai majlis tahlil perdana, dan selepas itu terus dengan
ceramah oleh penceramah terkenal Astro Oasis, Kapten (B) Dzulkarnain Hamzah.
 
Jemaah yang
hadir  terutama kaum wanita amat begitu
tertarik dengan mesej yang disampaikan oleh penceramah yang berkisarkan
kehidupan manusia dari alam roh hingga alam akhirat. Berulang-ulang kali Ustaz
Kapten (B) Dzulkarnain Hamzah
mengingatkan jemaah iaitu kita hidup di dunia ini mestilah sentiasa hidup
mengikut syariat Allah dalam setiap apa yang kita lakukan. Tidak disentuh bab
wasatiyyah, tidak disentuh bab hudud, tidak disentuh bab negara berkebajikan.
 
Ceramah diadakan
waktu matahari tegak, iaitu jam 11.30 pagi hingga 1.30 tengahari. Kebiasaannya
waktu ini kalau hari Jumaat, ramai jemaah yang tidur, panas, berpeluh.
 
Tapi pada majlis
tersebut walaupun Masjid Tanah Datar sempit, tiada penghawa dingin, suasana
dalam masjid amat cukup selesa, tidak panas, tidak sejuk, tiada kanak-kanak
buat bising di bahagian belakang seperti mana ketika khutbah Jumaat sedang
dibacakan mengikut teks.
 
Ustaz Kapten (B)
Dzulkarnain Hamzah berceramah tidak
mengikut teks, itu yang membuatkan jemaah terbeliak biji mata mendengar setiap
satu yang diperkatakan walaupun duduk dalam masjid selama 2 jam waktu
tengahari. 
 
Antara yang amat
menyentuh isi ceramah ialah penceramah mengingatkan sekarang ialah bulan Safar,
pada 29 Safar lah kekasih kita Nabi Muhammad saw jatuh sakit sehinggalah
kewafatan baginda dua minggu selepas itu. 
 
Selepas ceramah,
jemaah solat Zuhr, kemudian jemaah dihidangkan dengan masakan kampung secara
santai yang begitu enak sekali. Saya ambil gulai lembu masak cili api dan
kepala ikan tilapia. Anak saya ambil kari daging. Anak saya kata sedap betul
karinya. Maaflah kalau terliur.
 
Sepanjang program
beberapa jemaah tak henti-henti ambil gambar, terpesona dengan kehadiran yang
cukup luar biasa agaknya. 
 
Indahnya masjid
tanpa politik kepartian yang sempit.
 
Gambar sekitar
program di 
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2012/12/sekitar-majlis-tahlil-perdana-2012.html
 

Kirim email ke