Saya amat
bersetuju dengan artikel di bawah ini.
 
'Melolong' tanpa
PIBG
25 Dis 2012 
 
"JANGAN
lepaskan anak-anak ke sekolah untuk menjadi arkitek, doktor atau jurutera tanpa
mahu melibatkan diri langsung dalam aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG)."
 
Diluahkan oleh
Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Sains Seremban yang turut mempengerusikan
PIBG Sekolah Menengah Bandar Sungai Buaya, Datuk Ruslee Hashim, beliau menarik
perhatian saya mengenai dua kisah gelagat ibu bapa apabila tiba soal urusan
membayar yuran PIBG setiap kali musim persekolahan bermula.
 
"Setiap
sekolah ada dua tiga pemikiran berbeza dalam isu ini. Di Sekolah Menengah Sains
Seremban, seorang nenek bayar RM200 untuk yuran PIBG...katanya kepada saya
(Ruslee)...saya hutang tak apa, asalkan cucu boleh berjaya.
 
"Tetapi di
beberapa sekolah kawasan luar bandar, kira-kira 30 hingga 40 peratus tidak
membayar yuran yang hanya RM25. Sedangkan di rumah ada dua piring Astro, kereta
dua buah, tak tahulah mentaliti apa.
Bila dekat raya
sanggup tukar langsir baru tapi bila tiba bab pendidikan anak-anak, tak faham,
semua nak free belaka," kata beliau baru-baru ini.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121226/re_06/Melolong-tanpa-PIBG

Kirim email ke