Adalah
dimaklumkan tiket untuk Jamuan Makan Malam bersama YAB Dato Nik Abdul Aziz Nik
Mat yang dijadualkan pada Jumaat 28 Disember 2012 di Seremban sudah habis
terjual.
 
Oleh itu pihak
penganjur memohon maaf kerana tidak dapat menerima lagi tempahan untuk tambahan
meja atau kerusi walaupun masih ada lagi permintaan.
 
Walau bagaimana
pun pihak penganjur amat mengharapkan sumbangan untuk memenuhi sasaran kutipan 
Tabung
Dana Pililahnraya Umum ke 13 PAS Negeri Sembilan yang telah ditetapkan.
 
Kepada mereka yang
ingin menyumbang kepada dana PRU-13 PAS Negeri Sembilan, boleh berbuat demikian
dengan menyalurkan sumbangan ke dalam akaun Bank Islam Berhad atas nama 'Badan
Perhubungan PAS Negeri Sembilan', nombor akaun 0503-0010-0004-62  atau hubungi 
Sdr  Mohd Hassan (SU PASN9) di talian 019-2171942.
 
Sekali lagi pihak
penganjur mengucapkan terimakasih kepada semua yang menjayakan serta memberi
sokongan untuk majlis ini, serta memohon maaf kerana tidak dapat menerima
tambahan tempahan kerusi dan meja. 

Kirim email ke