Sebelum keluar
rumah nak pergi kerja, saya sempat berbual dengan ibu (mak) saya. Saya tanya
mak masa dia sekolah di Kg Tanjung, Kota dalam daerah Rembau betul ke sekolah
tu untuk perempuan saja. Emak saya kata ya.
 
Saya kata,
sekolah Kg Tanjung ialah sekolah pertama khusus untuk perempuan Melayu yang
dibina atas inisiatif Undang Rembau yang ke 18 iaitu Undang Dato Abdullah Hj
Dahan pada tahun 1923. 
 
Saya kata emak
Rosmah (Datin Seri Rosmah) dulu cikgu mak ke? Mak saya kata, ya, emak Rosmah tu
dia panggil Cikgu Fatimah, amat baik orangnya , lemah lembut. Cikgu Rosmah 
adalah
Guru Besar Sekolah Tanjung masa tu tambah mak lagi.
 
Bapa Rosmah mak
kenal ke? Mak saya kata bapa Rosmah, Cikgu Mansor tu orang Chengkau, segak dan
bergaya orangnya.
 
Saya tanya lagi, emak kenal ke Rosmah. Emak saya kata Rosmah
masa tu kecil lagi, masih belum bersekolah, tapi emak saya masih ingat paras
rupa Rosmah pada ketika itu.
 
Rupa-rupanya almarhum Cikgu Fatimah pernah mengajar dan
menjadi guru besar di sekolah pertama khusus untuk perempuan Melayu di Negeri
Sembilan ini.
 
Rembau banyak menyimpan sejarah. Cuba-cubalah berborak
dengan ibu bapa kita, jika mereka masih hidup lagi, banyak yang boleh
dipelajari.
 
Kalau ibu bapa kita sudah tiada, jadilah kita anak yang
soleh dan solehah, kerana hanya anak yang soleh dan solehah menjadi penerang
cahaya untuk mereka di dalam kubur.

Kirim email ke