Mereka yang bermain, berborak, apatah lagi membuat bising
semasa khutbah Jumaat adalah mereka yang rugi dan melakukan pekerjaan yang
sia-sia. Jemaah tetap bersalah dalam hal ini. Bagaimana pula peranan khatib dan
pemerintah yang tidak mengambil pelbagai pendekatan untuk menarik jemaah agar
khusyuk ketika mendengar khutbah?
 
Sekiranya orang seperti Ustaz Azhar Idrus menyampaikan
khutbah Jumaat, kita yakin ramai remaja kita tidak akan asyik bermain telefon
bimbit seperti di bawah ini. 
 
Khatib berkhutbah, remaja asyik bermain telefon bimbit
Utusan Malaysia
3 Jan 2013
 
SOLAT Jumaat yang diwajibkan kepada setiap lelaki Islam yang
telah baligh adalah suatu anugerah kepada kaum lelaki yang tersangat tinggi
nilainya. Ia melambangkan kekuatan ummah dan ketinggian agma itu sendiri.
 
Beberapa garis panduan dan ketetapan hendaklah dipatuhi
ketika solat Jumaat demi memperoleh fadilatnya. Perkara yang sunat hendaklah
sentiasa dijaga. Hari Jumaat adalah penghulu segala hari yang banyak
keberkatannya jika kita mengetahuinya.
 
Antaranya, jemaah hendaklah memakai pakaian yang sopan dan
bersih. Jika boleh memakai minyak wangi-wangian saperti minyak atar dan
sebagainya serta digalakkan datang awal ke masjid, sekurang-kurangnya sebelum
masuknya waktu atau apabila azan pertama dilaungkan.
 
Apabila khatib sedang berkhutbah tumpuan hendaklah kepada
ibadah itu semata-mata. Hendaklah diam mendengar pengisian dan nasihat berguna
yang disampaikan oleh khatib kerana ia merupakan salah satu dalam rukun solat
Jumaat.
 
http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20130103/fo_02/Khatib-berkhutbah-remaja-asyik-bermain-telefon-bimbit
 

Kirim email ke