Kita biasa dengar ibu mithali, bapa
mithali, suami mithali, isteri mithali tapi jarang kita dengar
menantu mithali, terutama menantu lelaki. Saya pernah bertemu dua
orang lelaki dari keluarga yang berlainan yang cukup luar biasa
menjadi menantu mithali.

Seorang yang saya kenal ialah menantu
lelaki, apabila isterinya meninggal dunia, kebiasaannya menantu
lelaki akan bawa diri, dan jarang rapat dengan keluarga isteri. Tapi
yang ini cukup luar biasa yang saya tak pernah temui. Menantu lelaki
tadi tetap tinggal berhampiran dengan ayah dan emak mertuanya
walaupun isterinya telah meninggal dunia.

Emak dan ayah mertuanya anggap menantu
lelaki dia dah macam anak dia sendiri. Emak mertua dan ayah mertua
lelaki tadi sering menyuruh menantunya mencari isteri tapi menantu
dia tak nak. Akhirnya setelah bertahun-tahun, ayah mertua dan emak
mertuanya yang mencarikan jodoh untuk menantunya.

Yang lebih menarik urusan kenduri
perkahwinan pun dibuat di rumah ayah dan ibu mertuanya dan diuruskan
oleh ibu dan ayah mertuanya.

Itu menantu mithali yang pertama.
Menantu mithali lelaki yang kedua adalah kenalan saya pula.

Dia ni saya jumpa manjang tersenyum
saja, macam tak ada masalah. Apabila saya berjumpa dia di majlis
pengkebumian abang ipar dia, barulah saya tahu dia menantu mithali.
Hampir kesemua urusan diuruskan oleh menantu tadi, walaupun dia ada
ipar-ipar yang lain.

Lepas tu saya jumpa dia di plaza tol,
sedang bawa lori pick up. Saya tanya dia buat apa, dia kata hantar
lori bapa mertua dia buat pemeriksaan Puspakom.

Kemudian saya jumpa dia lagi. Dia kata
adik ipar dia pula masuk hospital kena stroke. Dialah dengan
isterinya yang uruskan bawa ke hospital, jaga di hospital dan
sebagainya.

Dia tak mengadu banyak, dia ceria
sahaja menjalankan tanggungjawab sebagai menantu. 

Bukan senang nak jadi anak yang soleh,
menjadi menantu mithali yang soleh lagi lah susah. 

Adakah kita anak soleh? Adakah kita
menantu mithali?

Kirim email ke