Imam veteran (tua/warga emas) pesan pada imam muda jangan
gentar untuk menyampaikan kebenaran dengan berkhutbah walaupun akan diambil
tindakan kena pecat.
 
Rembau 13 Jan 2013 – Bekas Imam Masjid Jamek An Nur Pekan
Rembau atau lebih dikenali oleh orang Rembau sebagai Imam Rosli menceritakan
pengalaman beliau yang dipecat pada lewat tahun 90an kerana beliau berkhutbah
cara Rasulullah SAW, bukannya membaca teks khutbah. Beliau berpesan kepada
imam-imam muda pada ketika ini supaya jangan gentar untuk berkhutbah untuk
menaikkan semangat para jemaah untuk menghayati dan mengamalkan Islam
sepenuhnya.
 
Imam Rosli berucap dalam majlis meraikan veteran PAS DUN
Chembong di rumah Tn Hj Idris di Kg Tanjung Sena. 
 
Seterusnya Imam Rosli mengingatkan bahawa golongan veteran
ini memainkan peranan besar dalam perjuangan Islam dan semasa kempen
pilihanraya. Imam Rosli menyeru kepada golongan veteran agar sentiasa
menunaikan solat hajat, bertahajjud serta bermunajat agar Islam di beri
kemenangan di Negeri Sembilan.
 
Turut sama dalam majlis bersama veteran PAS DUN Chembong
ialah YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani (Pesuruhjaya PAS N.Sembilan/ADUN Paroi)
dan Dr Rosli Yaakop (AJK PAS Pusat). 
 
Dalam perkembangan lain seorang pendakwah terkenal dengan
program motivasi remaja dan pelajar, Ustaz Nor Azman Mohamad telah diberi surat
amaran untuk tidak lagi bekhutbah Jumaat di mana-mana masjid di daerah Seremban
susulan beliau berkhutbah Jumaat di sebuah surau Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama yang tersohor di Seremban. 
 
Gambar Imam Rosli yang begitu bersemangat berucap walaupun
sudah uzur serta surat
amaran terhadap Ustaz Nor Azman kerana berkhutbah di 
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/01/imam-masjid-rembau-dipecat-kerana.html

Kirim email ke