Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Ustaz Nasharuddin Mat
Isa adalah merupakan anak jati Rembau. Ini adalah kerana mengikut adat di
Rembau, nasab anak adalah mengikut ibunya, dan ibunya adalah orang Rembau, tak
silap saya dari suku Sri Melenggang. Ini bermakna Ustaz Nasharuddin adalah dari 
Suku Sri Melenggang.
 
Berbeza dengan Khairy Jamaluddin, hanya ayahnya sahaja yang
berasal dari Rembau. Oleh itu beliau tidak termasuk dalam mana-mana suku di
Rembau, melainkan beliau telah menjalani upacara adat iaitu berkedim. 
 
Amatlah sesuai sekali jika Ustaz Nasharudin diberi peluang
untuk bertanding di DUN Kota atau Parlimen
Rembau, kerana kampung beliau ialah di Air Melintang dalam DUN Kota. 
 
Semoga dengan kehadiran Ustaz Nasharudin di Rembau akan
menyemarakkan lagi usaha mengimarahkan masjid-masjid yang semakin mati di
daerah ini seperti yang saya tulis sebelum ini di 
http://rozmal.blogspot.com/2013/01/cina-bukan-islam-di-rembau-pandai-guna.html 
 
Pas pecat Ustaz Nasharudin
Kosmo 1 Feb 2012 
 
PASIR PUTEH - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat
mengesahkan kepimpinan parti itu sudah menolak keahlian bekas Timbalan Presiden
Pas, Nasharudin Mat Isa walaupun tokoh berkenaan mendakwa masih belum menerima
surat rasmi berhubung kedudukannya dalam parti berkenaan.
 
Nik Aziz berkata, sama ada surat diterima atau tidak oleh Nasharudin
berhubung status keahliannya, ia bukan perkara utama.
 
"Soal surat
sampai ke tidak, ia nombor dua. Yang penting ijab dan kabul sudah berlaku. 
Lafaz cerai pun sudah.
Walaupun surat
cerai tidak sampai, daripada segi hukum dan adatnya cerai tetap berlaku dan
sah," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum
persefahaman Rancangan Kawasan Khas Bandar Tok Bali antara Majlis Daerah Pasir
Puteh dengan empat syarikat pelaburan di sini semalam.
 
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian
ketika diminta mengulas kenyataan Nasharudin kelmarin yang mengakui masih ahli
Pas berikutan tidak menerima sebarang surat
rasmi berhubung kedudukannya dalam parti.
 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0201&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm
 

Kirim email ke