6 Feb 2013 – Ahli PKR kesal dan kecewa apabila pihak tidak
bertanggungjawab bertindak menurunkan bendera Pakatan Rakyat (PR) di sekitar
Durian Daun dan sekitarnya bagi acara rasmi kerajaan, kelmarin.
 
Ahlinya, Ramly Jalon, 69, berkata, dia kecewa kerana bendera
PR di sepanjang jalan dari persimpangan Kampung Kundur ke Pilin diturunkan
sekitar 9 pagi.
 
Ramly yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Durian Daun berkata, lebih mengecewakan lagi
apabila bendera PR yang terletak di markas PKR juga diturunkan sesuka hati.
 
"Kita tidak tahu motif sebenar pihak berkenaan
menurunkan puluhan bendera PR ini tetapi kita yakin pihak berkenaan tidak mahu
bendera PR ini kelihatan semasa acara rasmi pihak kerajaan berlangsung di
kampung ini, selain mahu menyatakan kawasan ini tiada pembangkang.
 
“Malah, apa yang kita kesalkan ialah, bendera di tanah
persendirian iaitu di markas PR juga diturunkan dan ini jelas menunjukkan pihak
berkenaan sesuka hati mencemarkan amalan demokrasi di negara ini,” katanya
ketika ditemui Sinar Harian di Markas PKR, dekat sini, petang kelmarin.
 
Sementara itu, Ketua PKR Ranting Pilin, Mohd Daud Manas
berkata, dia kecewa kerana PR tidak pernah mengambil tindakan menurunkan
bendera mana-mana pihak sekiranya ingin menganjurkan sebarang program di lokasi
berkenaan.
 
“Nasib baiklah batang buluh yang digunakan untuk mengibarkan
bendera di markas ini diletakkan dengan baik tidak seperti bendera di tepi
jalan yang diturunkan dan dibuang ke dalam semak.
 
“Kita sangat kesal dan tidak berpuas hati dengan insiden
ini. Malah, kita harap pihak tidak bertanggungjawab berkenaan tidak mengulangi
lagi amalan berat sebelah seperti ini," katanya.
 
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pkr-kesal-bendera-diturunkan-1.128633
 

Kirim email ke