Rembau 12 Feb
2013 – Majlis Ceramah dan Pelancaran Bilik Gerakan UPU Pakatan Rakyat Kg Batu,
DUN Kota, Rembau malam tadi telah disempurnakan oleh Ustaz Nor Azman bin
Mohamad selaku Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan.
 
Turut hadir ialah
Sdr Yusuf Tapar selaku Pemangku Ketua Cabang PKR Rembau, Sdr Rozmal Malakan
selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau, Tn Hj Kamarul sebagai Pengarah
Jabatan Pilihanraya PAS N.Sembilan serta Sdr Izamri Med selaku Pengarah
Pilihanraya PAS DUN Kota.
 
Majlis telah
dipengerusi oleh pemidato muda anak tempatan dari Kg Sawah Raja iaitu Sdr
Sahrizal Masrudin.
 
Turut kelihatan
ialah kelibat beberapa orang SB serta polis dari IPD Rembau yang merakamkan
secara langsung ceramah malam tadi disamping menjaga ketenteraman awam.
 
Majlis telah
berlangsung dalam suasana harmoni tanpa sebarang gangguan oleh mana-mana pihak.
 
Sambutan pada
malam tadi menunjukkan para petugas Pakatan Rakyat DUN Kota telah bersedia
untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.
 
Walaubagaimana
pun Pengarah Pilihanraya PAS DUN Kota Sdr Izamri mengatakan pihaknya masih
memerlukan ramai petugas serta dana kewangan untuk mempastikan kemenangan
Pakatan Rakyat di DUN Kota dan Parlimen Rembau memandangkan DUN Kota mempunyai
kawasan yang luas iaitu sebanyak 15 UPU serta memerlukan lonjakan undi yang
banyak kerana pada PRU 12 pada tahun 2008 , PAS tidak menang dengan kekurangan
hampir 4000 undi. 
 
Kepada mereka
yang ingin menjadi Sukarelawan Petugas Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota sila
hubungi Tn Hj Roni 012-2268230
 
Kepada mereka
yang ingin menyumbang ke Tabung Pilihanraya DUN Kota sila salurkan ke akaun
berikut :
Nama akaun : PAS
MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad
 
Gambar-gambar
majlis malam tadi yang berlangsung dalam suasana santai di 
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/02/jentera-pakatan-rakyat-dun-kota.html

Kirim email ke