Hari ini Sabtu 16 Feb 2013 saya dan
isteri ke Jabatan Imigresen Malaysia di Seremban untuk urusan membuat
pasport antarabangsa. Dah lama saya tak pergi ke Jabatan Imigresen
ini, rasanya berpuluh tahun dah tak ke sana. Dulu saya datang dengan
arwah ayah, masa tu walaupun tidak ada sistem komputer canggih, masih
menggunakan borang, tiada pengambilan nombor secara otomatik, namun
tidaklah perlu tunggu seharian untuk urusan pasport rasanya.

Jadi saya dan isteri ingat , mungkin
hari ini telah berubah, perkhidmatan buat pasport mungkin makan masa
sejam saja. 

Sebaik kami keluar lif tingkat 2 Wisma
Persekutuan, kami amat terperanjat, jam baru 8.15 pagi, tapi dah
sesah sampai kawasan luar lif. Tak boleh nak masuk. Tak berjalan. Tak
berapa lama kemudian kawasan sekitar lif sudah padat macam dalam tin
sardin.

Sebelum tu di pintu masuk Wisma
Persekutuan sudah tertulis Nombor Giliran untuk urusan pasport hanya
sampai 150 sahaja hari ini. Dalam fikiran saya , dapat ke tak nombor
ni, orang dah padat, yang dalam pejabat imigresen saya tak nampak
lagi berapa ramai.

Kami pun berhimpit-himpitlah masuk,
kekadang terangkat juga pada ada yang tolak dari belakang. 

Kesian tengok orang tua, warga emas,
ibu yang bawa anak kecil, pakcik yang pakai kopiah putih 1Malaysia
pun turut berhimpit-himpit untuk mendapatkan nombor giliran.

Dalam masa berhimpit tu ada kedengaran
, ada yang mengeluh ini hari kedua, hari ketiga dia datang keadaan
macam ni, sesak.

Ada pula yang kata dia datang tunggu
nombor giliran sejak pukul 5 pagi.

Apabila menghampiri kaunter nombor
kesian tengok kakitangan imigresen memberi penerangan dan nasihat
supaya tidak potong barisan dan menolak-nolak.

Apabila hampir sampai giliran saya,
nombor dah nak sampai 150, saya dah rasa kecewa, kena datang pula
hari lain.

Tapi kakitangan imigresen tadi minta
orang ramai beratur lurus, dia nak tolong tengok sampai berapa boleh
beri nombor.

Alhamdulillah akhirnya saya dapat
nombor 163 pada jam 9.14 pagi. Saya pun mencongak, kalau 1 jam ,
boleh selesai urusan 20 orang, jadi saya punya mungkin lepas 12
tengahari.

Kami pun keluarlah dulu , isi perut.
Akhirnya urusan kami selesai sekitar jam 1.20 ptg. Selesai hantar
borang je, pasport kena datang pula minggu depan untuk ambil. Untuk
ambil pasport ada kaunter lain, tak perlu bersesak.

Kesian tengok orangramai yang datang
bersesak-sesak, termasuk pakcik yang pakai kopiah putih 1Malaysia,
merungut-rungut pakcik tadi, kata perut dia dah lapar sangat. 

Lagi kesian saya rasa kakitangan
imigresen, rasanya mereka dari sebelum pukul 8 pagi hingga jam lebih
2 petang terpaksa bekerja, tanpa banyak keluhan. Mereka hanya menurut
perintah. Walhal hari Sabtu waktu pejabat sepatutnya sampai 1 petang
sahaja.

Kuasa untuk menambah kakitangan
imigresen bukan di tangan mereka, kerana ianya melibatkan kos.

Kuasa untuk menambah waktu
perkhidmatan, sampai ke petang, atau sampai ke malam seperti
nightcourt bukan di tangan mereka, kerana ianya melibatkan kos.

Kuasa untuk menambah kaunter juga bukan
di tangan mereka.

Kuasa untuk menambah pejabat imigresen
juga bukan di tangan mereka. Mereka hanya menurut perintah.

Satu perkara yang amat pelik ialah kos
buat pasport antarabangsa, untuk 2 tahun RM100, untuk 5 tahun RM300.
Tak ke pelik, beli sikit murah, beli banyak mahal. Beli kuih 2 biji
10 sen, beli kuih 5 biji 30 sen. Bila tanya pada kakitangan imigresen
, kenapa kos macam ni. Sambil tersenyum kakitangan imigresen tu
cakap, “Kalau rajin datang ke pejabat imigresen buat 2 tahun, kalau
tak nak datang selalu buat 5 tahun”.

Saya dan isteri kerana urusan untuk
menunaikan haji pada tahun ini insyaAllah. 

Macamanalah pakcik-pakcik, atok-atok,
nenek-nenek, terpaksakah mereka bersesak macam ni juga. Saya tanya
pada kakitangan imigresen, setiap hari ke macam ni. Katanya memang
setiap hari, kalau hari bekerja biasa Isnin-Jumaat , nombor giliran
sampai 300, tapi pukul 10 pagi dah habis nombor.

Harap Tabung Haji Malaysia dan Jabatan
Imigresen dapat bekerjasama agar dapat mengadakan urusan kaunter khas
semasa kursus haji di masjid-masjid seluruh Malaysia selepas ini. 

Lagi gambar-gambar kesesakan di Jabatan
Imigresen Malaysia pada 16 Feb 2013 di 
http://rozmal.blogspot.com/2013/02/kesian-kakitangan-imigresen-malaysia.html 

Kirim email ke