Rembau 18 Feb 2013 – Ceramah kelompok
yang diberikan oleh Sdr Sahrizal Masrudin selaku Pengerusi Suara Anak
Muda Rembau di UPU Kg Semerbok di DUN Kota dalam Parlimen Rembau
malam tadi telah membangkitkan banyak isu-isu tempatan yang menarik
perhatian mereka yang hadir.

Antara isu yang dibangkitkan ialah
pampasan tanah adat yang tidak munasabah untuk tanah adat dan orang
kampung di Rembau sekitar RM1-RM2 sekaki persegi atau sekitar
RM50,000-RM100,000 seekar, berbanding dengan tanah untuk tapak
hospital Rembau pada kadar RM22 sekaki persegi atau hampir RM1 juta
seekar. 

Memang memeranjatkan mereka yang
mendengarnya terutama orang kampung di kawasan berhampiran seperti di
Sawah Raja dan Titian Bintangor yang terlibat dengan projek empangan
dan bekalan air, mereka yang di Penajis, Chengkau, Chenong, Astana
Raja, Nerasau yang terlibat dengan pelebaran jalan Chengkau-Astana
Raja juga mereka yang di Kg Gadong, Kg Jawa, beberapa tempat sekitar
DUN Chembong yang terlibat dengan projek landasan keretapi berkembar. 

Turut dibangkitkan ialah janji PRU-12
tahun 2008 iaitu pembinaan Hospital Rembau yang sehingga kini tender
untuk mendirikan bangunan Hospital Rembau masih belum dikeluarkan
oleh pihak JKR.

Disebabkan kesuntukan masa Sdr Sahrizal
hanya sempat membicarakan sedikit mengenai isu cadangan pembinaan
Kampus UiTM Rembau dan perkembangan Landasan Terbang di Batu Hampar,
Rembau.

Gambar-gambar sekitar Ceramah Kelompok
di UPU Kg Semerbok di 
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/02/ceramah-kelompok-upu-semerbok.html 

Kepada mereka yang ingin menjadi
Sukarelawan Petugas Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota sila hubungi
Tn Hj Roni 012-2268230

Kepada mereka yang ingin menyumbang ke
Tabung Pilihanraya DUN Kota sila salurkan ke akaun berikut :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
No akaun : 05-021-02-011755-8
Bank : Bank Islam Malaysia Berhad

Kirim email ke