Kekadang malu rasanya kita tidak menjadi contoh kepada anak-anak kita
apabila menaiki motosikal atau kereta. Kita pakai topi keledar, pakai tali
pinggang keledar adakalanya kerana di depan sana ada pemeriksaan polis atau
JPJ. Mungkin mulai sekarang kita boleh menambahkan amal ibadah kita apabila
menaiki kenderaan dengan memakai topi keledar atau tali pinggang keledar dengan
niat mengikut sunnah Nabi. 
 
Marilah kita pakai topi keledar, pakai tali pinggang keledar kerana
kita kasihkan Nabi, bukan kerana takut mati atau takut kena saman. 
 
Marilah kita banyakkan berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad
saw, lebih-lebih lagi pada hari Jumaat
 
Dari Anas bin Malik ra, ada seseorang berkata kepada Rasulullah s.a.w,
‘Wahai Rasulullah s.a.w, aku ikat kendaraanku lalu aku bertawakal, atau aku
lepas ia dan aku bertawakal?’ Rasulullah s.a.w menjawab, ‘Ikatlah kendaraanmu
lalu bertawakallah.” (HR. Tirmidzi)

Kirim email ke