Rembau 2 Mac 2013 – Jentera Pakatan
Rakyat di DUN Kota dalam Parlimen Rembau hari ini mendapat suntikan
semangat baru apabila buat pertama kalinya dalam sejarah Bilik
Gerakan Pakatan Rakyat UPU Legong Ulu beroperasi di rumah peninggalan
Almarhum Undang Rembau yang ke 19.

Majlis perasmian Bilik Gerakan UPU
Legong Ulu telah disempurnakan oleh Abang Yusuf Tapar yang merupakan
Pengarah 1 Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau. Turut hadir
dalam majlis tersebut ialah Pengarah 2 Sekretariat Pakatan Rakyat
Parlimen Rembau Sdr Rozmal Malakan, Al Fadhil Ustaz Mustafa Dolah
selaku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS N.Sembilan, Tn Hj Ghazali Md
Som selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Seremban yang juga merupakan
Penyelaras PAS DUN Kota, Sdr Izamri Med selaku Pengarah Pilihanraya
Pakatan Rakyat DUN Kota dan beberapa wakil pimpinan PKR pusat serta
pimpinan PAS dan PKR setempat.

Buat pertama kali juga jentera
pilihanraya di DUN Kota bergerak melalui Pakatan Rakyat dengan
gabungan mantap antara jentera PAS dan PKR.

Menurut Abang Yusuf Tapar yang juga
merupakan Pemangku Cabang PKR Rembau, selepas ini perjumpaan
Sekretariat Pakatan Rakyat Parlimen Rembau akan mengadakan pertemuan
di DUN Chembong, DUN Paroi dan DUN Rantau untuk memastikan jentera
pilihanraya di semua DUN dalam Parlimen Rembau mempunyai gandingan
yang mantap antara semua peringkat kaum dan umur untuk memastikan
kemenangan berpihak kepada hasrat penduduk di Parlimen Rembau.

Untuk sumbangan Tabung Pilihanraya
Pakatan Rakyat DUN Kota sila salurkan ke :
Nama akaun : PAS MTD DUN KOTA
Bank Islam Malaysia Berhad:
05-021-02-011755-8
atau : Maybank , No Akaun 155126945930
: CIMB , No Akaun 05020693061526

Kepada mereka yang ingin menjadi
sukarelawan pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Kota sila hubungi Sdr
Izamri bin Med 013-2124086 atau Tn Hj Roni 012-2268230

Gambar sekitar majlis perasmian  Bilik
Gerakan UPU Legong Ulu di 
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/03/rumah-undang-rembau-dijadikan-bilik.html
 

Kirim email ke