Buat pertama kali dalam sejarah PAS
Negeri Sembilan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri melalui
pilihanraya pada tahun 2008 semasa Pilihanraya Umum ke 12. Calon PAS
di DUN Paroi dalam Parlimen Rembau pada ketika itu adalah merupakan
Ketua Pemuda PAS N.Sembilan (2007-2009) iaitu Hj Mohamad Taufek bin
Abd Ghani.

Apakah Ketua Pemuda PAS N.Sembilan pada
sesi ini yang dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Khairil Anuar bin Mohd
Wafa dan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan dapat mengulangi sejarah
tahun 2008? DUN manakah Ketua Pemuda PAS N.Sembilan akan bertanding
dalam PRU-13 nanti?

Sama-samalah kita doakan Dewan Pemuda
PAS Negeri Sembilan dapat mengulangi sejarah tersebut dengan kejayaan
yang lebih cemerlang, insyaAllah. 

Kirim email ke