Alangkah baiknya kalau semua orang jadi Pak Sanggup kerana Allah, bukan
kerana manusia. Taman perumahan tempat saya tinggal rata-ratanya orang bekerja.
Surau kami tiada siak tetap, masing-masing sukarela membersih surau mana yang
termampu. Sekali sekala buatlah gotong royong.
 
Surau kami memang sentiasa tidak berkunci, agar memudahkan para musafir
untuk solat dan menggunakan tandas surau. Tabung surau pun tidak diletakkan
untuk umum. Siapa nak derma, terus beri pada AJK.
 
Kadang-kadang terkilan juga ada masanya tak ada orang yang nak
bersihkan surau, kerana masing-masing sibuk bekerja. Ada kalanya tak ada orang
nak azan, terutama apabila waktu bekerja.
 
Tapi Alhamdulillah, dengan tidak semena-mena, tiba-tiba surau kami ada
seorang Pak Aji yang baru berpindah. Dialah yang pasangkan kaset mengaji
sebelum Maghrib, dialah yang azan bila masuk waktu, malahan dia juga yang
bersih kapet surau, bersih tandas surau.
 
Tak ada sesiapa yang suruh. Dan dia pun tak ada mengeluh kalau ada yang
mengotorkan surau.
 
Rupa-rupanya Pak Aji ini baru bersara. Umur dalam 50an. Dia kata tak
ada apa-apa nak buat di rumah , dia pun buatlah apa yang patut di surau.
 
Alangkah baiknya kalau ramai orang jadi Pak Sanggup kerana Allah macam
Pak Aji ini, daripada melepak di kedai kopi, siber kafe dan sebagainya lebih
baik beramal ibadah di surau atau masjid, lebih-lebih lagi mereka yang bersara,
mereka yang menganggur dan sebagainya
 
Pak Aji ni tak tanya siapa siak, siapa AJK surau yang jaga kebersihan,
mana tabung surau untuk kebersihan, kenapa tandas surau kotor dan sebagainya.
 
Memang amat susah nak jumpa orang macam Pak Aji ini. Satu rahmat yang
amat bermakna untuk surau kami. 
 
Dari Abu Malik Ash'ary katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. : Kebersihan itu sebahagian daripada iman, membaca
Alhamdulillah memenuhi timbangan, membaca Subhanallah dan Alhamdulillah
pahalanya sebesar langit dan bumi, Solat itu cahaya. Sedekah itu bukti. 
Kesabaran
itu adalah pencahayaan, Quran itu akan menjadi kawan (hujjah) atau lawanmu, 
Manusia
itu bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya
Hadis sahih riwayat Muslim

Kirim email ke